Dokumentari ini memperlihatkan keunikan istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak seperti majlis Basuh Gelaga iaitu satu persembahan permainan Gendang Melayu diadakan sehari sebelum bersanding dan upacara Malam Belulut (malam berinai) diiringi dengan permainan Tar dan Hadrah selepas hari persandingan.
Dokumentari ini merujuk kepada masyarakat Mah Meri di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey, Banting, Selangor yang merupakan satu acara kebesaran yang diadakan pada setiap tahun oleh masyarakat Orang Asli Mah Meri. Upacara ritual ini dilakukan bagi menghormati Moyang Getah atau Metah yang dianggap keramat.
Pesta pemujaan Sembilan Maharaja acara tahunan yang diadakan di tokong-tokong oleh masyarakat Cina yang menganut agama Taoism di Malaysia. Acara bagi mengingati kematian sembilan Maharaja yang digulingkan memaparkan keunikan salah satu budaya kaum Cina di Malaysia.