Skip to main content
Please wait...

Lagu Rasmi

MUZIUM KITA TAMADUN KITA

 

Teguh…

Jasadmu berdiri kukuh,

Menggamit rindu nostalgia bangsa,

Namamu diungkap setiap merdeka,

Buat sebuah bangsa yang berjaya,

 

Muzium…

Namamu mengharum,

Menyingkap seribu kenangan silam,

Menghimpun segala bukti negara,

Punya kedaulatan serta kuasa,

 

(Chorus)

Itulah sejarah, itulah budaya,

Itulah bangsa kita,

Itulah sejarah, itulah budaya,

Wajah kita jua citra kita,

 

Gedung ilmu khazanah kita,

Membentuk jiwa melakar budaya,

Membakar semangat jiwa merdeka,

Muzium kita tamadun kita,

 

Negara bangsa diri terbina,

Megah utuh dipersada dunia,

Warisan nusa terus dipelihara,

Muzium kita tamadun kita.

 

 

 

Lirik: Mohd Azmi bin Mohd Yusof

Lagu: Muhammad Akram bin Ayob

 

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut