• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Soalan Lazim

Anda di sini

Anda di sini

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat www.spa.gov.my dengan mengisi borang SPA 8i.

Jawatan-jawatan yang boleh dipohon ialah:

  1. Pembantu Muzium  S19 (Kelayakan minimum SPM)
  2. Penolong Kurator  S29 (Kelayakan minimum diploma)
  3. Kurator S41 (kelayakan minimum ijazah)

Tatacara untuk menjadi Sukarelawan Muzium adalah seperti berikut:

  1. Hantar permohonan melalui borang yang boleh dicapai  di Laman Sesawang Jabatan Muzium Malaysia
  2. Menghadiri  taklimat dan temuduga
  3. Menghadiri  16 sesi pembentangan berkenaan sejarah dan kebudayaan
  4. Pembentangan selama  3, 7 dan 10 minit dalam galeri di Muzium Negara
  5. Terikat sebagai Tour Guide  di  Muzium Negara selama dua  tahun
  6. Penganugerahan sijil akan dilaksana selepas melepasi tatacara tersebut

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel No.: 03- 22671049

Ruang/Kemudahan di Jabatan Muzium Malaysia yang boleh disewa oleh orang awam adalah seperti berikut:

a. Ruang/Kemudahan yang boleh disewa di ibu pejabat (Jabatan Muzium Malaysia) ialah:

  1. Auditorium
  2. Dataran Muzium Negara
  3. Ruang Lobi Pejabat
  4. Bilik Mesyuarat
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Unit Pembangunan dan Pengurusan Harta
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel:03-22671142
 

b. Muzium Diraja juga menyediakan ruang dan dan kemudahan untuk disewa oleh orang awam.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Muzium Diraja Jalan Istana,
50460 Kuala Lumpur
Tel: 03-2272 1896 
pr.mdr@jmm.gov.my

Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Jabatan Muzium Malaysia. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Jabatan Muzium Malaysia boleh menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Unit Pembangunan Modal Insan
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel:03-22671194/1188

Kemukakan surat permohonan kepada Jabatan Muzium Malaysia dan sertakan surat sokongan daripada agensi/majikan/IPTA/IPTS yang berkenaan. Permohon perlu mengisi borang yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan dan menandatangani serta mematuhi syarat-syarat di dalam peraturan-peraturan untuk menjalankan program. Kelulusan permohonan akan diberikan bagi tempoh 3-7 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap diterima.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel: 03-22671000/03-22671060

Peminjaman bahan adalah untuk kakitangan sahaja manakala pengunjung hanya boleh merujuk bahan di perpustakaan.

Kategori gambar yang ada dalam simpanan Jabatan Muzium Malaysia adalah seperti berikut:
 
i. Alam Semulajadi
ii. Arkeologi
iii. Etnologi
iv. Monumen
v. Pameran
vi. Penyelidikan
vii. Sejarah
viii. Peristiwa Jabatan

Boleh datang ke pejabat Unit Sumber Media untuk membuat pilihan gambar yang ingin dibeli. Borang perlu diisi dengan lengkap dan resit akan diserahkan selepas pembayaran dibuat di Unit Kewangan, secara tunai. Gambar yang telah dipilih dan dibayar akan diberikan dalam bentuk softcopy sahaja. Saiz gambar adalah 300 dpi.

Kadar bayaran adalah mengikut kategori berikut:

KATEGORI SAIZ KADAR BAYARAN
Pelajar/IPTA/IPTS 300 dpi Percuma
Bukan Pelajar 300 dpi RM 60.00
Agensi Kerajaan 300 dpi RM 60.00
Swasta 300 dpi RM 500.00

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Unit Sumber Media
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel:03-22671000- ext.346

Ya. Pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi berdasarkan penilaian yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Hadiah, JMM.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Bahagian Pengurusan Koleksi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel: 03-22671000/03-22671070

Sesiapa yang berminat untuk menawarkan koleksi antik kepada Jabatan Muzium Malaysia boleh mengisi Borang Tawaran Artifak JMM (rujuk laman rasmi Jabatan Muzium Malaysia) dan emelkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Malaysia.

Setakat ini Bahagian Pengurusan Konservasi tidak menerima sebarang koleksi atau artifak dari orang perseorangan untuk dibaikpulih. Bahagian Pengurusan Konservasi bagaimanapun boleh memberikan khidmat nasihat tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

Tanggungjawab dalam menentukan keaslian sesuatu koleksi atau objek merupakan tugas Jawatankuasa Penilai Artifak dan Bahagian Pengurusan Koleksi. Bahagian Pengurusan Konservasi hanya menjalankan tugas menyelia, memberikan khidmat nasihat, penilaian kondisi dan pemuliharaan artifak di dalam repositori dan lapangan khususnya milik Jabatan Muzium Malaysia dan agensi-agensi permuziuman yang lain.

Muzium Alam Semula Jadi tidak beroperasi buat sementara waktu sehingga dimaklumkan semula menerusi laman web dan media sosial Jabatan Muzium Malaysia.

Sebarang aduan/cadangan boleh disalurkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam ( SISPAA ) di laman rasmi JMM.

Kemas kini terakhir: 19 March 2024 - 10:05am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources