Muzik iringan khas bagi adapt-istiadat rasmi diraja yang dipersembahkan atas perkenan raja. Orkestra Nobat mengandungi gendang, serunai, nafiri dan gong dimainkan oleh pemain dari satu keturunan khas sahaja. Majlis-majlis rasmi yang diiringi oleh muzik Nobat adalah seperti pertabalan raja, kemangkatan atau perkahwinan.
Dokumentari ini memperlihat istilah-istilah Cam Jat, Cam Bani dan Cam Muslim yang merujuk kepada kelompok-kelompok bangsa Cam yang berbeza-beza amalannya sama ada di Vietnam atau Kemboja.
Main Peteri atau disebut juga ‘Main Puteri’ atau ‘Main Teri’ merupakan seni persembahan yang popular di Kelantan. Tujuan utama persembahan ini adalah perubatan di mana Tuk Peteri, Tuk Minduk dan pemuzik yang digelar ‘panjak’ membebaskan ‘angin’ pesakit.