Konservasi


Pusat Konservasi

Pusat Konservasi Jabatan Muzium Malaysia berperanan untuk memastikan bahan-bahan koleksi Jabatan Muzium Malaysia berada dalam keadaan baik dan terpelihara. Matlamat ini direalisasikan melalui kerja-kerja penyelidikan dan konservasi artifak.

Fungsi Pusat Konservasi

  1. Melaksanakan kerja-kerja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan dokumentasi
  2. Menjalankan kerja-kerja pencegahan kerosakan dan membaikpulih artifak
  3. Pemantauan sistem kawalan suhu, kelembapan, pencahayaan dan makluk perosak yang terdapat di dalam stor koleksi dan galeri-galeri muzium
  4. Memberikan latihan dan khidmat nasihat mengenai konservasi kepada kakitangan dan agensi berkaitan

Aktiviti Konservasi

Bahan organik

Bahan organik adalah bahan yang berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Bahan organik mudah menyusut dan dirosakkan oleh serangan ejen perosak. Contoh bahan organik ialah rotan, buluh, kayu bulu dan kulit.

Bahan Bukan Organik

Bahan bukan organik adalah bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Contoh bahan bukan organik adalah logam, batu dan lain-lain.

Konservasi Preventif

Tindakan yang dilakukan bagi menghalang pelapukan semulajadi objek akibat keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya dan juga perosak seperti serangga, fungus dan pencemaran udara.

Konservasi Kuratif

Konservasi kuratif adalah tindakan yang diambil untuk merawat objek yang mengalami proses deteriorasi. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menghentikan atau merencat proses deteriorasi ke atas objek tersebut

Restorasi

Prosedur rawatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan barangan kebudayaan kepada keadaan yang sediakala dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

En. Zamrul Amri bin Zakaria
zamrul@jmm.gov.my
Penolong Pengarah Kanan

Pn. Nirmala Sharippudin
nirmala@jmm.gov.my
Kurator

Pusat Konservasi
Jabatan Muzium Malaysia

Tel: +603 2282 6255 samb. 237/200/293
Faks: +603 2282 5044

Your rating: None Average: 3.7 (6 votes)

kesan2 fiber glass ke atas spesimen alam semulajadi

saya ingin mengetahui sejauh mana kesan2 sampingan ke atas spesimen alam semulajadi jika replika badan tiruan diperbuat daripada fibre glass untuk spesimen alam semulajadi.sekian terima kasih

re: kesan2 fiber glass ke atas spesimen alam semulajadi

Tiada kesan sampingan kepada kulit spesimen apabila menngunakan fiber glass kerana kulit itu telah diawet terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan spesimen alam semulajadi, tuan boleh merujuk kepada kurator Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya di talian 03-8890 2884.

Opysen-opysen paparan komen

Pilih cara utama anda untuk memaparkan komen dan klik "Simpan seting" untuk mengaktifkan perubahan.