• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Penyelidikan

Anda di sini

Anda di sini

Penyelidikan

 

Penyelidikan adalah salah satu bidang teras dalam perkhidmatan  Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang memainkan  peranan penting ke arah mencapai objektif JMM untuk memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan negara. Penyelidikan yang dijalankan di JMM terdiri daripada penyelidikan sejarah, budaya, alam semula jadi, pameran dan koleksi.  Terdapat 3 jenis penyelidikan yang dijalankan di JMM dan menggunakan perkhidmatan di JMM iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh kakitangan JMM sendiri, penyelidikan yang dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak luar dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak luar untuk JMM.

Bahagian Penyelidikan berperanan mengukuh dan mengembangkan bidang penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan bagi memartabatkan fungsi JMM sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang pameran, koleksi, sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.

Terdapat 3 unit utama di bawah Bahagian Penyelidikan iaitu :-

  1. Unit Penyelidikan berperanan merangka, merancang, menyedia, membangun, menyelaras dan menilai perancangan srategik penyelidikan JMM; menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan JMM bagi menghasilkan proses penyelidikan yang sistematik dan hasil penyelidikan yang berkualiti; serta menyelaras dan memantau penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik dalam dan luar.
  2. Unit Penerbitan bertanggungjawab menyelaras segala urusan penerbitan am dan khas JMM, meliputi hasil kajian, penyelidikan, artikel dan karya kakitangan JMM mahupun pihak luar agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dan memastikan setiap penerbitan Jabatan mengikut dasar dan garis panduan penerbitan yang telah ditetapkan.
  3. Unit Dokumentasi berperanan mengumpul, menyusun, mengurus, menyimpan dan menyelaras data / maklumat, keterangan atau bahan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan bagi tujuan rujukan, rekod, proses akhir (penerbitan, laporan dan lain-lain).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

  1. Cik Darniza bt Daut Emel: darniza@jmm.gov.my Pengarah

  2. Puan Intan Masayu Binti Abdullah: intan.masayu@jmm.gov.my Kurator

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Jabatan Muzium Malaysia Tel: +603-2267 1000 samb. 233/280/343/344 Faks: +603-2267 1060

Penyelidikan Luar Negara:

Untuk Penyelidikan dari luar negara perlu mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Ekonomi. Sila layari https://www.ekonomi.gov.my/ms/sumber/garis-panduan-dan-peraturan/menjalankan-penyelidikan-di-malaysia untuk maklumat lanjut.

Sila Muat Turun Borang Permohonan Penyelidikan dan hantar kepada research.jmm@gmail.com

Kemas kini terakhir: 19 March 2024 - 10:05am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources