Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Penyelidikan

Penyelidikan

Penyelidikan

 

Penyelidikan adalah salah satu bidang teras dalam perkhidmatan  Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang memainkan  peranan penting ke arah mencapai objektif JMM untuk memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan negara. Penyelidikan yang dijalankan di JMM terdiri daripada penyelidikan sejarah, budaya, alam semula jadi, pameran dan koleksi.  Terdapat 3 jenis penyelidikan yang dijalankan di JMM dan menggunakan perkhidmatan di JMM iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh kakitangan JMM sendiri, penyelidikan yang dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak luar dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak luar untuk JMM.

Bahagian Penyelidikan berperanan mengukuh dan mengembangkan bidang penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan bagi memartabatkan fungsi JMM sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang pameran, koleksi, sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.

Terdapat 3 unit utama di bawah Bahagian Penyelidikan iaitu :-

  1. Unit Penyelidikan berperanan merangka, merancang, menyedia, membangun, menyelaras dan menilai perancangan srategik penyelidikan JMM; menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan JMM bagi menghasilkan proses penyelidikan yang sistematik dan hasil penyelidikan yang berkualiti; serta menyelaras dan memantau penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik dalam dan luar.
  2. Unit Penerbitan bertanggungjawab menyelaras segala urusan penerbitan am dan khas JMM, meliputi hasil kajian, penyelidikan, artikel dan karya kakitangan JMM mahupun pihak luar agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dan memastikan setiap penerbitan Jabatan mengikut dasar dan garis panduan penerbitan yang telah ditetapkan.
  3. Unit Dokumentasi berperanan mengumpul, menyusun, mengurus, menyimpan dan menyelaras data / maklumat, keterangan atau bahan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan bagi tujuan rujukan, rekod, proses akhir (penerbitan, laporan dan lain-lain).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

  1. Cik Darniza bt Daut Emel: darniza@jmm.gov.my [1] Pengarah

  2. Puan Intan Masayu Binti Abdullah: intan.masayu@jmm.gov.my [2] Kurator

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Jabatan Muzium Malaysia Tel: +603-2267 1000 samb. 233/280/343/344 Faks: +603-2267 1060

Penyelidikan Luar Negara:

Untuk Penyelidikan dari luar negara perlu mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Ekonomi. Sila layari https://www.ekonomi.gov.my/ms/sumber/garis-panduan-dan-peraturan/menjalankan-penyelidikan-di-malaysia [3] untuk maklumat lanjut.

Permohonan penyelidikan boleh dibuat menerusi Museum Research Application (MUSRA) [4]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,945,032
  • Jumlah pengunjung: 1,347,955
  • Hit minggu ini: 1,202
  • Hit bulan ini: 1,600
  • Hit minggu lepas: 4,318
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 3 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan

Links:
[1] mailto:darniza@jmm.gov.my
[2] mailto:intan.masayu@jmm.gov.my
[3] https://www.ekonomi.gov.my/ms/sumber/garis-panduan-dan-peraturan/menjalankan-penyelidikan-di-malaysia
[4] http://musra.jmm.gov.my