DVD

Pelayaran Dunia Melayu

Published in

Pelayaran Dunia Melayu
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Dokumentari ini menyaksikan kehebatan dunia pelayaran Melayu dalam pelbagai rekabentuk kapal mengikut daerah dan negara tertentu serta aktiviti pelayaran yang merupakan nadi kemajuan perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara sejak berabad lamanya. Mengandungi dwibahasa.

Duration: 
27:13min
Harga: 
RM15
No. Rujukan/Reference No.: 
DVD014

Tikar Pandak

Published in

Tikar Pandak
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Bak kata Pepatah Melayu 'Biar mati anak, jangan mati adat' sangat sinonim dengan negeri bertunjangkan adat iaitu Negeri Sembilan. Tikar Pandak turut digunakan sebagai pelengkap kepada upacara beradat seperti perlantikan, pertabalan, kematian, pertunangan dan perkahwinan. Ia merupakan sejenis tikar mengkuang beranyam dengan dihiasi sulaman benang emas dan berbingkaikan kain yang berwarna. Kandungan dokumentasi ini dalam dwibahasa.

Duration: 
30:29min
Harga: 
RM15
No. Rujukan/Reference No.: 
DVD012

Tengkolok

Published in

Tengkolok
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk Destar yang terdiri daripada Destar Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba. Setiap lipatan dan takuk yang terdapat pada Destar juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Versi dokumentasi dalam dwibahasa.

Duration: 
19:28min
Harga: 
RM15
No. Rujukan/Reference No.: 
DVD011

Teknik-teknik Pembatikan di Malaysia

Published in

Teknik-Teknik Pembatikan Di Malaysia
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Seiring perkembangan semasa, batik di Malaysia turut berkembang dari pelbagai aspek terutama dari segi penggunaan bahan, motif dan teknik pembuatannya. Sehingga kini terdapat beberapa teknik pembuatan batik di Malaysia iatu teknik blok, conteng, stensil atau cetakan, canting dan teknik resis tanpa menggunakan lilin iaitu tritik dan ikat celup. Setiap teknik pembatikan akan menghasilkan motif batik yang berbeza. Versi kandungan dalam dwibahasa.

Duration: 
1:51:44min
Harga: 
RM15
No. Rujukan/Reference No.: 
DVD010
Sindiket kandungan