• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

media optik

Anda di sini

Anda di sini

Tikar Pandak

Bak kata Pepatah Melayu 'Biar mati anak, jangan mati adat' sangat sinonim dengan negeri bertunjangkan adat iaitu Negeri Sembilan. Tikar Pandak turut digunakan sebagai pelengkap kepada upacara beradat seperti perlantikan, pertabalan, kematian, pertunangan dan perkahwinan. Ia merupakan sejenis tikar mengkuang beranyam dengan dihiasi sulaman benang emas dan berbingkaikan kain yang berwarna. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun: 
2007
Duration: 
30:29min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD016M
Availability: 
YES
Jenis Penerbitan: 
Media Optik: 

Tengkolok

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk Destar yang terdiri daripada Destar Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba. Setiap lipatan dan takuk yang terdapat pada Destar juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun: 
2007
Duration: 
19:28min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD015M
Availability: 
YES
Jenis Penerbitan: 
Media Optik: 

Teknik-Teknik Pembatikan Di Malaysia

Seiring perkembangan semasa, batik di Malaysia turut berkembang dari pelbagai aspek terutama dari segi penggunaan bahan, motif dan teknik pembuatannya. Sehingga kini terdapat beberapa teknik pembuatan batik di Malaysia iatu teknik blok, conteng, stensil atau cetakan, canting dan teknik resis tanpa menggunakan lilin iaitu tritik dan ikat celup. Setiap teknik pembatikan akan menghasilkan motif batik yang berbeza. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun: 
2007
Duration: 
50:42min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD014M
Availability: 
YES
Jenis Penerbitan: 
Media Optik: 

Halaman

Kemas kini terakhir: 9 Disember 2024 - 10:32am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources