Skip to main content
Please wait...

Batik Serantau

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
27:39min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD002
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Batik merupakan salah satu cabang kesenian rumpun Melayu warisan generasi sejak zaman berzaman. Malah lebih dari itu batik turut mengandungi motif-motif sebagai perlambangan hubungan antara dua negara dan terus tersebar ke seluruh ceruk rantau. Kandungan dokumentari dalam versi dwibahasa.

Teknik-teknik Pembatikan di Malaysia

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
1:51:44min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD010
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Seiring perkembangan semasa, batik di Malaysia turut berkembang dari pelbagai aspek terutama dari segi penggunaan bahan, motif dan teknik pembuatannya. Sehingga kini terdapat beberapa teknik pembuatan batik di Malaysia iatu teknik blok, conteng, stensil atau cetakan, canting dan teknik resis tanpa menggunakan lilin iaitu tritik dan ikat celup. Setiap teknik pembatikan akan menghasilkan motif batik yang berbeza. Versi kandungan dalam dwibahasa.

Tengkolok

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
19:28min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD011
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk Destar yang terdiri daripada Destar Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba. Setiap lipatan dan takuk yang terdapat pada Destar juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Versi dokumentasi dalam dwibahasa.

Tikar Pandak

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
30:29min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD012
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Bak kata Pepatah Melayu 'Biar mati anak, jangan mati adat' sangat sinonim dengan negeri bertunjangkan adat iaitu Negeri Sembilan. Tikar Pandak turut digunakan sebagai pelengkap kepada upacara beradat seperti perlantikan, pertabalan, kematian, pertunangan dan perkahwinan. Ia merupakan sejenis tikar mengkuang beranyam dengan dihiasi sulaman benang emas dan berbingkaikan kain yang berwarna. Kandungan dokumentasi ini dalam dwibahasa.

Keramat Di Afrika Selatan

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
24:05min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD005
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Sebanyak 25 keramat atau makam tokoh-tokoh pendakwah Islam antara lainnya berasal dari Nusantara (Alam Melayu) di 23 lokasi bahagian barat Cape Town. Dokumentari ini menjadi bukti terhadap penempatan masyarakat Melayu terawal di sana dan penyebaran dakwah Islam di kalangan masyarakat di Cape Town.

Geologi Langkawi

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
1:02:23min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD003
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Video dokumentari ini merujuk kepada evolusi pembentukan formasi batuan tertua di Malaysia yang bermula di Pulau Langkawi. Sejarah geologi Langkawi khususnya dan Malaysia amnya bermula pada Zaman Kambrian yang berusia sekitar 550 juta tahun dahulu pada skala masa geologi. Kandungan video dalam versi dwibahasa.

Upacara Memuja Pantai Kaum Orang Asli

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
37: 05min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD017M
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Dokumentari ini merujuk kepada masyarakat Mah Meri di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey, Banting, Selangor yang merupakan satu acara kebesaran yang diadakan pada setiap tahun oleh masyarakat Orang Asli Mah Meri. Upacara ritual ini dilakukan bagi menghormati Moyang Getah atau Metah yang dianggap keramat.

Pelayaran Dunia Melayu

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
27:13min
Harga
RM15
No. Rujukan/Reference No.
DVD014
Jenis Penerbitan
Media Optik

Dokumentari ini menyaksikan kehebatan dunia pelayaran Melayu dalam pelbagai rekabentuk kapal mengikut daerah dan negara tertentu serta aktiviti pelayaran yang merupakan nadi kemajuan perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara sejak berabad lamanya. Mengandungi dwibahasa.

Subscribe to media optik

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut