-A +A

Current Theme: Standard

VCD

Manusia Perak

Manusia Perak 10,000 B.P
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Dokumentari mengenai penyelidikan arkeologi di Lenggong. Eskavasi di Gua Gunung Runtuh telah mendedahkan suatu rangka manusia yang telah menarik perhatian dunia arkeologi kerana keistimewaannya sebagai rangka Paleolitik yang unik. Manusia ini dijumpai dalam keaadaan asalnya iaitu dalam kedudukan ia dikebumikan.Keseluruhan eskavasi ini telah didokumentasikan dalam bentuk VCD bahasa Melayu ini.

Duration: 
10:44min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD019M
Availability: 
YES

Malaysia Dalam Pra-Sejarah

Malaysia Dalam Pra-Sejarah Dunia
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Evolusi manusia persoalan yang mengagumkan kita. Sifat ingin tahu inilah yang mendorong sekumpulan penyelidik Malaysia untuk mencungkil rahsia yang dilindungi tembok masa. Walaupun, penyelidikan telah dilakukan sejak awal abad yang lalu, arkeologi Malaysia hanya membuahkan hasil yang mempunyai impak antarabangsa pada tahun 80-an dan 90-an. Membuka tirai kelambu pra-sejarah kita, sambil meletakkan Malaysia dalam peta arkeologi dunia. VCD terdapat dalam versi Melayu dan Inggeris.

Duration: 
7:57min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD018M
Availability: 
YES

Tikar Pandak

Tikar Pandak
Penerbit: 
Jabatan Muzium Malaysia

Bak kata Pepatah Melayu 'Biar mati anak, jangan mati adat' sangat sinonim dengan negeri bertunjangkan adat iaitu Negeri Sembilan. Tikar Pandak turut digunakan sebagai pelengkap kepada upacara beradat seperti perlantikan, pertabalan, kematian, pertunangan dan perkahwinan. Ia merupakan sejenis tikar mengkuang beranyam dengan dihiasi sulaman benang emas dan berbingkaikan kain yang berwarna. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Duration: 
30:29min
Harga: 
RM10
No. Rujukan/Reference No.: 
VCD016M
Availability: 
YES
Sindiket kandungan