Dokumentari ini memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Bisaya sebagai salah satu rumpun bangsa di Malaysia di mana, mereka menitik beratkan warisan tradisi seperti berlagu (berdaup), tarian liliput, tarian anak kuda, bermain alatan muzik tradisional dan sebagainya.
Kampung Air merupakan satu daya tarikan pelancongan yang terdapat di Labuan. Keunikannya terletak bukan sahaja pada struktur kampung itu sendiri tetapi kehidupan budaya masyarakatnya menambahkan lagi keunikan yang sedia ada.