• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran

Anda di sini

Anda di sini

pameran

Pengenalan

Pameran adalah medium yang menghubungkan institusi muzium dengan masyarakat. Pameran turut memenuhi fungsi dan menjadi salah satu wahana penting bagi Jabatan Muzium Malaysia dalam mengekal, mengumpul dan menyebarkan pengetahuan mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara. Pameran muzium juga merupakan satu cara komunikasi kepada  pelawat bertujuan untuk menyampaikan maklumat, idea dan emosi yang berkaitan dengan bukti-bukti material manusia dan persekitarannya, dengan bantuan kaedah visual dan teknik-teknik yang menarik. Penyebaran pengetahuan ini dilakukan melalui pelaksanaan Pameran Tetap, Pameran Sementara, Pameran Khas dan Pameran Bergerak.

Bahagian Pameran dan Pengembangan

Bahagian Pameran dan Pengembangan bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap program pameran tetap, pameran sementara, pameran khas dan pameran bergerak di peringkat Jabatan, khidmat nasihat pameran, program outreach dan inreach (pengembangan), pendidikan muzium dan program pendokumentasian dalam bentuk fotografi dan video.

Visi

Ke arah menghasilkan pameran muzium yang berkualiti dan mewujudkan muzium yang mencapai piawaian antarabangsa.

Misi

  1. Menyusun semula dan memantapkan profesionalisme kakitangan ke arah memenuhi visi yang ingin dicapai.
  2. Membangunkan sumber manusia menerusi latihan-latihan dalam bidang  pameran meliputi teknik peragaan, perekaan/’designing’, penyelidikan pameran dan lain-lain yang berkaitan dengan penubuhan muzium.
  3. Merancang pelaksanaan/penyiapan pameran dan penubuhan muzium mengikut kepentingan nasional dengan menekankan kepada kualiti, dan bukan kuantiti.

Piagam Pelanggan (Bahagian Pameran dan Pengembangan)

  1. Memberi khidmat nasihat dan membuat penyelarasan bagi pelaksanaan kerja-kerja pameran.

  2. Menyediakan pameran yang berkualiti serta memenuhi kehendak, piawaian dan kepuasan pelanggan.

  3. Peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan perubahan dalam teknik pameran.

Peranan Bahagian Pameran dan Pengembangan didukung tiga unit di bawahnya yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan segala bidang tugas, seperti berikut :

 

Unit Perkhidmatan Muzium

Fungsi-fungsi :

  1. Merancang, merangka dan melaksanakan pelbagai jenis pameran di Jabatan Muzium Malaysia
  2. Merancang dan menetapkan piawaian dan taraf pameran di bawah Jabatan mengikut piawaian kaedah dan teknik-teknik pameran muzium
  3. Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan pameran terutama dari segi teknik persembahan pameran dan penggunaan teknologi terkini
  4. Menyelaras program pameran yang berkaitan dengan agensi-agensi sama ada di bawah Kementerian atau kerjasama dengan agensi-agensi luar
  5. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam teknik, inovasi dan kaedah permuziuman dalam semua jenis pameran melalui aplikasi ICT
  6. Memberi khidmat nasihat permuziuman, khususnya dalam bidang pengurusan pameran, pengisian dan penubuhan muzium kepada agensi luar sama ada kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta.

 

Unit Pendidikan Muzium

Fungsi-fungsi :

  1. Merancang dan membangunkan program pendidikan untuk pengunjung, institusi pendidikan dan kumpulan tertentu
  2. Merancang hubungan dengan agensi-agensi berkaitan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan
  3. Merancang dan menyelaras program dan aktiviti pendidikan di muzium-muzium bawah pengurusan Jabatan.

 

Unit Sumber Media (maklumat lanjut)

Fungsi-fungsi :

  1. Mengumpulkan, membangunkan dan mewujudkan pangkalan data dalam bentuk gambar dan video mengenai koleksi budaya, sejarah, arkeologi dan alam semula jadi negara, selain dari program, aktiviti dan peristiwa-peristiwa penting di peringkat Jabatan dan nasional.
  2. Mendokumentasi, merekod dan menyimpan segala rakaman berkaitan sejarah negara, warisan kebudayaan dan lain-lain khazanah tinggalan bangsa.
  3. Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk tujuan penyelidikan, pameran, penerbitan, pendidikan dan sebagainya.
  4. Menyediakan perkhidmatan rakaman dalam bentuk liputan langsung jurugambar dan juruvideo bagi semua program dan aktiviti Jabatan, di samping program terpilih di peringkat kementerian dan nasional.
  5. Menjadi pusat rujukan bergambar bagi golongan penyelidik dari golongan pelajar di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi, golongan profesional, agensi-agensi luar sehinggalah kepada penyelidik persendirian yang berminat.

 

Pegawai Untuk Dihubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Masni Binti Adeni

masni@jmm.gov.my

Pengarah, Bahagian Pameran dan Pengembangan 

 

Telefon and Faksimili

Tel : +603 – 2267 1000 ext. 340/111/330 Fax : +603 – 2284 6908

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 19 March 2024 - 10:05am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources