• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Unit Sumber Media

Anda di sini

Anda di sini

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia mengumpul dan mewujudkan koleksi gambar yang meluas. Koleksi gambar diperolehi daripada pelbagai sumber Jabatan Muzium Malaysia seperti liputan langsung jurugambar, hasil dokumentasi penyelidikan, imbasan gambar dan fotograf lama dan sebagainya. Gambar-gambar koleksi Jabatan Muzium Malaysia ini boleh diperolehi individu atau organisasi yang berminat.

  1. Mengumpulkan, membangunkan dan mewujudkan pangkalan data dalam bentuk  gambar dan video mengenai koleksi budaya, sejarah, arkeologi dan alam semula jadi negara, selain dari program, aktiviti dan peristiwa-peristiwa penting di peringkat Jabatan dan nasional.

  2. Mendokumentasi, merekod dan menyimpan segala rakaman berkaitan sejarah negara, warisan kebudayaan dan lain-lain khazanah tinggalan bangsa.

  3. Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk tujuan penyelidikan, pameran, penerbitan, pendidikan dan sebagainya.

  4. Menyediakan perkhidmatan rakaman dalam bentuk liputan langsung jurugambar dan juruvideo bagi semua program dan aktiviti Jabatan, di samping program terpilih di peringkat kementerian dan nasional.

  5. Menjadi pusat rujukan bergambar bagi golongan penyelidik dari golongan pelajar di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi, golongan profesional, agensi-agensi luar sehinggalah kepada penyelidik persendirian yang berminat.

Koleksi Foto

Sehingga kini terdapat lebih 250,000  keping foto meliputi pelbagai tajuk seperti pecahan berikut :

Bil Kategori Jumlah Imej
1 Pameran 8,284
2 Sejarah 11,172
3 Arkeologi 19,236
4 Etnologi 35,776
5 Peristiwa Jabatan 181,757

Senarai Harga

  1. Permohonan daripada Penerbitan / Syarikat / Penyelidikan dan badan-badan persendirian hanya boleh diterima sekiranya diluluskan oleh Ketua Bahagian.
  2. Bayaran foto yang dikenakan untuk Penerbitan / Syarikat dan Penyelidikan adalah seperti berikut:
KATEGORI
UKURAN
KADAR HARGA (RM)
UKURAN
KADAR HARGA (RM)
Pelajar IPTA / IPTS A4 (8.75 x 11.75)
*Percuma
A3 (16.5 x 11.75)
*Percuma
Individu / Penyelidik A4 (8.75 x 11.75)
30.00
A3 (16.5 x 11.75)
60.00
Agensi Kerajaan A4 (8.75 x 11.75)
30.00
A3 (16.5 x 11.75)
60.00
Swasta A4 (8.75 x 11.75)
200.00
A3 (16.5 x 11.75)
500.00
  1. Pemohon hendaklah membuat bayaran pendahuluan semasa membuat sebarang pesanan. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai / cek kepada Unit Kewangan dan resit rasmi akan dikeluarkan (rujukan Perbendaharaan Negara (2.10) 248/13/1-1 Jld. 2 bertarikh 9.9.1977).
  2. *Bayaran harga CD RM 3.00 akan dikenakan kepada pelajar IPTA / IPTS yang memohon salinan foto daripada Jabatan Muzium Malaysia

Dasar Jualan Foto

Foto-foto yang dipamerkan atau diterbitkan hendaklah diberi pengenalan 'DENGAN IHSAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA' atau 'COURTESY OF THE DEPARTMENT' OF MUSEUM MALAYSIA'. Kebenaran untuk menerbitkan foto-foto tersebut hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi Kaunter Perkhidmatan Pengguna

8.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Khamis)
8.30 pagi -12.00 tengahari; 3.00 petang - 5.00 petang (Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Unit Sumber Media
En. Ritchie anak Jonathan Ahi
Telefon: 03-2267 1000 samb. 346
Emel: ritchie@jmm.gov.my

Alamat

Unit Sumber Media,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-2267 1000 samb. 346
No. Faks: 03-2267 1275

Kemas kini terakhir: 24 April 2024 - 10:33am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources