• Warna
  • | Saiz teks

Pembangunan Modal Insan

Anda di sini

Anda di sini

Latar Belakang

Program latihan kakitangan yang dilaksanakan secara terancang mampu memberi impak positif kepada organisasi terutamanya dari segi pembangunan modal insan bagi jangka masa panjang. Justeru, Unit Pembangunan Modal Insan yang ditubuhkan pada tahun 2001 adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti latihan agar setiap kakitangan dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan bersesuaian yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 

“The purpose of learning is growth, and our minds, unlike our bodies, can continue growing as we continue to live”, Mortimer Adler. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah mengendalikan pelbagai program latihan berkaitan dengan bidang permuziuman, bahasa, teknologi maklumat, soft skills (komunikasi, etiket dan lain-lain.), pengurusan dan program luar negara. Menerusi proses pembelajaran berterusan, adalah diharapkan agar setiap kakitangan akan memperoleh keseimbangan dalam pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni serta pengetahuan dan kemahiran yang bersifat professional.

 

VISI: Menerajui pembangunan modal insan khususnya dalam bidang permuziuman.

MISI: Untuk membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan professional.

 

Fungsi utama

  • Merancang dan menyelaras keperluan latihan kakitangan Jabatan Muzium Malaysia
  • Menjadi urusetia bengkel / kursus / mesyuarat / jawatankuasa yang berkaitan dengan latihan
  • Mengkaji, merangka dan membangunkan modul latihan untuk muzium-muzium Malaysia
  • Membuat kajian penilaian keberkesanan program latihan / kursus yang dilaksanakan oleh jabatan

 

Latihan Industri Pelajar

JMM turut mengalu-alukan para pelajar dari institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang berminat untuk menjalani latihan industri/praktikal di jabatan ini. Menerusi program ini, para pelajar akan diberi pendedahan mengenai pelbagai aspek bidang permuziuman seperti penyelidikan, pameran, pengurusan koleksi, konservasi, dokumentasi dan pemasaran seterusnya memberi ruang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman bekerja.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai latihan kakitangan dan latihan industri pelajar, sila hubungi :

Degor Johia
Email: degor[at]jmm.gov.my
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Modal Insan
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur

 

Tel : +603-2267 1000 samb. 146/152/248
Faks :+603-2267 1194
Email: latihan[at]jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 6 Ogos 2020 - 5:25pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources