Pameran adalah medium yang menghubungkan institusi muzium dengan masyarakat. Pameran turut memenuhi fungsi dan menjadi salah satu wahana penting bagi Jabatan Muzium Malaysia dalam mengekal, mengumpul dan menyebarkan pengetahuan mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara. Pameran muzium juga merupakan satu cara komunikasi kepada pelawat bertujuan untuk menyampaikan maklumat, idea dan emosi yang berkaitan dengan bukti-bukti material manusia dan persekitarannya, dengan bantuan kaedah visual dan teknik-teknik yang menarik. Penyebaran pengetahuan ini dilakukan melalui pelaksanaan Pameran Tetap, Pameran Sementara, Pameran Khas dan Pameran Bergerak.
Bahagian Pameran dan Pengembangan bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap program pameran tetap, pameran sementara, pameran khas dan pameran bergerak di peringkat Jabatan, khidmat nasihat pameran, program outreach dan inreach (pengembangan), pendidikan muzium dan program pendokumentasian dalam bentuk fotografi dan video.
Ke arah menghasilkan pameran muzium yang berkualiti dan mewujudkan muzium yang mencapai piawaian antarabangsa.
Memberi khidmat nasihat dan membuat penyelarasan bagi pelaksanaan kerja-kerja pameran.
Menyediakan pameran yang berkualiti serta memenuhi kehendak, piawaian dan kepuasan pelanggan.
Peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan perubahan dalam teknik pameran.
Peranan Bahagian Pameran dan Pengembangan didukung tiga unit di bawahnya yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan segala bidang tugas, seperti berikut :
Fungsi-fungsi :
Fungsi-fungsi :
Fungsi-fungsi :
Puan Masni Binti Adeni
masni@jmm.gov.my [2]
Pengarah, Bahagian Pameran dan Pengembangan
Tel : +603 – 2267 1000 ext. 340/111/330 Fax : +603 – 2284 6908
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Teknikal Pameran dan Jawatankuasa Penyelidikan dan Perolehan Bahan.
Penyediaan cadangan reka bentuk ID dan persembahan pameran.
susun atur panel, peti pameran, teknik/multimedia, pencahayaan dll
Penyediaan butiran/spesifikasi kerja
Pengumpulan bahan-bahan pameran (teks penerangan, kapsyen, label, artifak/replika/model, gambar, ilustrasi, filem, footage, bahan interaktif/ multimedia, prop dan lain-lain)
Penyediaan dan pengeluaran bahan produksi
Pemasangan dan peragaan bahan-bahan pameran
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti sampingan/pendidikan/pengembangan
Pendokumentasian bahan-bahan pameran
Penilaian dan pembubaran pameran
Sepanjang penubuhannya, Bahagian Pameran dan Pengembangan telah menjayakan pelbagai tajuk pameran sementara, selain turut berjaya menyiapkan pengisian, pengubahsuaian dan penaiktarafan galeri di muzium-muzium berikut :
Muzium-muzium Persekutuan :
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Masni binti Adeni
masni@jmm.gov.my [2]
Pengarah, Bahagian Pameran dan Pengembangan
Puan Fadhliatun binti Azmi
Kurator, Unit Pendidikan Muzium
Encik Mohd Fairuz bin Mohamed Kassim
Penolong Kurator Kanan, Unit Perkhidmatan Muzium
Puan Norhayati binti Che Othman
Penolong Kurator, Unit Perkhidmatan Muzium
Puan Nor Hafizzah bt. Abd. Rahman
Penolong Kurator, Unit Pendidikan Muzium
Encik Ritchie Jonathan Ahi
Ketua, Unit Sumber Media
Bahagian Pameran dan Pengembangan
Jabatan Muzium Malaysia
Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/ms/unit-sumber-media
[2] mailto:masni@jmm.gov.my
[3] mailto:fadhliatun@jmm.gov.my
[4] mailto:fairuz@jmm.gov.my
[5] mailto:norhayati@jmm.gov.my
[6] mailto:hafizzah@jmm.gov.my
[7] mailto:ritchie@jmm.gov.my