• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

cetakan

Anda di sini

Anda di sini

Batik Sarong: A Heritage Of Today For Tomorrow

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
ISBN : 978-967-0372-24-2
Ada/Availability?: 
Ya
Mukasurat/Pages: 
200
Harga/Price (Hardcover): 
RM150
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

Sebuah buku popular dengan garapan penulisan yang sangat hebat oleh Raja Fuziah binti Raja Tun Uda dan Mohamad Najib bin Md Nor bersama beberapa orang penulis tamu yang lain seperti Adeline binti Abdul Ghani, Erna Dyanty binti Mad Daluis dan Mohd Yunus bin Abdullah.

Batik sarung mendapat tempat yang sangat istimewa dalam dunia Melayu, setiap bahagiannya bukan sahaja mencerminkan sejarah asalnya, malah kepercayaan dan kemahiran perekanya dan kehidupan tradisi budaya si pemakainya. Ia sangat terkesan di dalam kehidupan penulis kerana beliau dikatakan mengenali dan menggunakan batik sarung seawal usia remaja lagi kerana Tetah atau nenda dan Wan atau bonda beliau sendiri tidak pernah melupakan adat ketimuran, malah menerapkan nilai-nilai kemelayuan dalam keluarga beliau sendiri.

Buku ini turut mengupas beberapa topik yang sangat menarik antaranya, Sejarah Permulaan Kedatangan, Perkembangan dan Pengeluaran Batik Sarung Yang Telah Berubah dari Tahun ke Tahun, Dari Industri Kotej Menjadi Sebuah Perusahaan Komersial Kini dan beberapa tajuk menarik yang lain. Pada awalnya, reka corak dan motif yang dihasilkan datangnya dari alam semula jadi dan persekitaran pembatik, sehinggalah kemasukan pengaruh-pengaruh luar seperti motif ‘Bunga Buketan’ dari Pekalongan, Jawa. Selain itu, nama-nama batik sarung juga diberikan mengikut peristiwa yang berlaku dan filem terbitan tanah air seperti Batik Wawasan dan Batik Azura.

Tidak lengkap kiranya, apabila membicarakan topik batik sarung tanpa memuatkan proses pembuatan batik sarung melalui beberapa teknik seperti Teknik Cetakan, Teknik Blok dan Teknik Canting, malah turut juga diketengahkan proses pembuatan blok atau cop. Penerangan yang jelas juga diberikan terhadap identiti dan anatomi batik sarung itu sendiri yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan, kebudayaan dan kepercayaan orang Melayu.

Buku ini diakhiri dengan paparan koleksi batik sarung peribadi oleh pengumpul/pencinta tekstil yang kebanyakannya dihasilkan sekitar tahun 1970-an sehingga kini, yang jelas menonjolkan elemen sejarah, pengaruh, teknik pembuatan, warna dan motif yang digunakan dengan gaya klasik serta moden oleh pembatik masa kini mengikut peredaran masa dan citarasa pelanggan dalam dan luar negara.

Saloma: Ikon Fesyen Retro/Retro Fashion Icon

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
ISBN : 978-967-0372-26-6
Harga/Price (Paperback): 
RM42.00
Ada/Availability?: 
Ya
Mukasurat/Pages: 
116
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

Ini adalah karya penerbitan berbentuk popular yang dihasilkan sempena dengan penganjuran Pameran Ikon Fesyen Retro: Saloma yang telah berlangsung sejak 8 Ogos 2017 yang lalu sehinggalah berakhir pada tarikh ulangtahun perkahwinan beliau dan suami tercintanya P.Ramlee pada hari ini iaitu tanggal 31 Oktober 2017, setelah tiga bulan ‘menemui’ peminatnya di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia.

Buku kecil ini merupakan pendokumentasian hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh para pegawai dan staf Muzium Tekstil Negara ke atas 65 koleksi terpilih busana Biduanita Pertama Negara, Allahyarhamah Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai SALOMA yang tersimpan rapi di Arkib Negara Malaysia sejak daripada pemergian beliau pada 25 April 1983. Yang pasti, penerbitan buku ini bukan menjurus kepada fesyen, bukan jua mengkhusus kepada sejarah pembuatan pakaiannya, mahupun penggunaannya di dalam filem-filem ataupun pentas-pentas persembahan secara total.

Kebanggaan Jabatan Muzium Malaysia melalui naskhah penerbitan ini bukan sahaja tertumpu kepada busana asli milik si pemakainya, tetapi aspek pemeliharaan dan pemuliharaan yang diterjemahkan menerusi teknik peragaannya. Teknik yang fleksibel, lembut, sesuai dan tidak memudaratkan koleksi tekstil ini berjaya menempatkan Jabatan ini sebagai institusi permuziuman yang pertama khususnya di Malaysia dan yang kedua di Asia Tenggara selepas Queen Sirikit Museums of Textile di Bangkok, Thailand. Jika Queen Sirikit Museums of Textile berjaya mengetengahkan teknik peragaan 3D Invisible Mounting System khususnya penggunaan Buckram dalam peragaan busana diraja milik permaisurinya, Queen Sirikit, maka Jabatan Muzium Malaysia juga berjaya mengetengahkan teknik peragaan 3D Invisible Mounting System khususnya dengan penggunaan Interfacing Lining dalam peragaan busana milik Ikon Fesyen Retro Negara, SALOMA.

Harapan Jabatan Muzium Malaysia sebagai penerbit ialah semoga penerbitan buku ini dapat menjadi inspirasi dan aspirasi kepada generasi kini dan akan datang untuk lebih menghargai peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal, selain boleh berbangga dengan warisan seni dan budaya tinggalan nenek-moyang kita, apatah lagi jika ia milik ikon kesayangan semua. Nampak mudah, namun bukan sesuatu yang biasa untuk memulihara koleksi khususnya bahan organik yang rata-ratanya berusia 35 sehingga 65 tahun lamanya dan dipamerkan dalam masa yang sama agar elemen warisan, keaslian, malah nilai estetikanya boleh ditontoni serta dikagumi oleh masyarakat Malaysia yang masih terkesan dengan legasi tinggalan biduanita ini khususnya fesyen dan gayanya.

Makam-Makam Islam Lama Di Maritim Asia Tenggara

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
ISBN : 978-967-0372-25-9
Harga/Price (Paperback): 
RM24.00
Ada/Availability?: 
Ya
Mukasurat/Pages: 
407
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

Makam-Makam Islam lama di Maritim Asia Tenggara merupakan hasil tulisan pilihan terbitan EFEO dan Association Achipel. Tujuan utama buku ini diterbitkan untuk memperkenalka hasil penyelidikan tentang makam-makam Islam zaman silam yang telah dijalankan selama 20 tahun terakhir kebelakangan ini. Penemuan makam- makam Islam lama merupakan bukti tinggalan arrkeologi yang boleh dikaitkan dengan sejarah islamisasi pesisir maritim di Asia Tenggara.

Hasil kajian yang dijalankan memperkenalkan sejenis batu nisan dari Melaka yang belum pernah diperhatikan sebelum ini. Buku ini juga merupakan usaha julung kalinya memuatkan pelbagai tradisi makam Islam di Maritim Asia Tenggara.

Halaman

Kemas kini terakhir: 6 Mei 2024 - 2:11pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources