• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

cetakan

Anda di sini

Anda di sini

Spesies Marin Beracun

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
ISBN : 978-967-2135-18-0
Harga/Price (Paperback): 
RM22.00
Ada/Availability?: 
Ya
Mukasurat/Pages: 
33
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

Buku ini adalah terbitan daripada Muzium Marin Labuan, Jabatan Muzium Malaysia . Merupakan sebuah buku dwibahasa (Bahasa Melayu dan  Inggeris) yang berbentuk buku bacaan umum  bergambar, berkenaan pelbagai spesies marin beracun di sekitar perairan Malaysia. Ia merupakan hasil kajian berkenaan jenis-jenis spesies marin beracun yang terdiri daripada Ular laut, siput kon atau siput rangkik, obor-obor, landak laut, ikan depu,ikan lepu,ketam beracun,ikan pari, ikan sembilang, ikan buntal, sotong kurita cincin biru, tapak sulaiman mahkota berduri dan batu karang api.

Informasi yang dimasukkan adalah kajian berkenaan habitat, diet, maklumat racun dan rawatan pencegahan.Penulisan secara umum dan ringan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara hidupan marin keseluruhannya demi kelangsungan hidup kita.Kandungan buku  ini memberi nilai tambah dalam bidang ilmu pengetahuan serta menjadi rujukan dalam membantu masyarakat mengenali dan berwaspada akan spesies marin beracun yang terdapat di perairan negara kita serta menyebarluaskan dan menguar-uarkan kepada masyarakat agar berhati-hati dalam sebarang aktiviti laut yang dijalankan

 

Malaysia Museums Journal Vol 34

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
2600-7673
Harga/Price (Paperback): 
RM20.00
Ada/Availability?: 
Ya
Mukasurat/Pages: 
175
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

Malaysia Museums Journal adalah jurnal terbitan Jabatan Muzium Malaysia. Ia merupakan Jurnal berwasit, yang dapat menyemarakkan lagi tradisi wacana ilmu di arena pendidikan global. Penerbitan berkala ini juga mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh Institusi permuziuman sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal. Ia merupakan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh pengamal atau penggiat muzium dari pelbagai latar belakang pendidikan serta kerjaya yang mempunyai kepakaran kursus dalam bidang permuziuman

Memuatkan lapan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam beberapa siri Bicara@Muzium dan juga seminar serta Forum sepanjang tahun 2016.Kertas kerja ini membicarakan tentang sejarah, koleksi, budaya dan pendidikan muzium yang dapat memperkukuhkan bukti mengenai khazanah warisan

The Chitties Of Melaka

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
978-967-0372-27-3
Harga/Price (Paperback): 
RM26.00
Ada/Availability?: 
Ya
Penulis/Author: 
Karen Loh dan Jegatheesan Vellupillay
Mukasurat/Pages: 
243
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2017
Penerbit/Publisher: 
Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak: 

THE CHITTIES OF MELAKA  adalah buku terbitan bersama  antara Jabatan Muzium Malaysia dan Sukarelawan Muzium. Buku ini ditulis oleh  Karen Loh dan Jegatheesan Vellupillay dari pasukan sukarelawan muzium yang banyak membantu dalam menyebarluaskan peranan Jabatan Muzium kepada masyarakat umum.

 Ia juga merupakan hasil kajian yang komprehensif oleh pihak Sukarelawan Muzium  yang meliputi aspek sejarah , kebudayaan, agama, dan bahasa golongan Chitty di Melaka. Penulisan adalah berkisar tentang masyarakat Chitty di Melaka, iaitu masyarakat minoriti yang kehadirannya di Melaka kurang diberi pendedahan pada masyarakat umum dan jika tidak diberi pendedahan berkemungkinan budaya masyarakat ini akan lenyap ditelan arus permodenan.

Halaman

Kemas kini terakhir: 6 Mei 2024 - 2:11pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources