
Buku ini adalah terbitan daripada Muzium Marin Labuan, Jabatan Muzium Malaysia . Merupakan sebuah buku dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) yang berbentuk buku bacaan umum bergambar, berkenaan pelbagai spesies marin beracun di sekitar perairan Malaysia. Ia merupakan hasil kajian berkenaan jenis-jenis spesies marin beracun yang terdiri daripada Ular laut, siput kon atau siput rangkik, obor-obor, landak laut, ikan depu,ikan lepu,ketam beracun,ikan pari, ikan sembilang, ikan buntal, sotong kurita cincin biru, tapak sulaiman mahkota berduri dan batu karang api.
Informasi yang dimasukkan adalah kajian berkenaan habitat, diet, maklumat racun dan rawatan pencegahan.Penulisan secara umum dan ringan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara hidupan marin keseluruhannya demi kelangsungan hidup kita.Kandungan buku ini memberi nilai tambah dalam bidang ilmu pengetahuan serta menjadi rujukan dalam membantu masyarakat mengenali dan berwaspada akan spesies marin beracun yang terdapat di perairan negara kita serta menyebarluaskan dan menguar-uarkan kepada masyarakat agar berhati-hati dalam sebarang aktiviti laut yang dijalankan
Versi mesra pencetak
- 5248 bacaan