
THE CHITTIES OF MELAKA adalah buku terbitan bersama antara Jabatan Muzium Malaysia dan Sukarelawan Muzium. Buku ini ditulis oleh Karen Loh dan Jegatheesan Vellupillay dari pasukan sukarelawan muzium yang banyak membantu dalam menyebarluaskan peranan Jabatan Muzium kepada masyarakat umum.
Ia juga merupakan hasil kajian yang komprehensif oleh pihak Sukarelawan Muzium yang meliputi aspek sejarah , kebudayaan, agama, dan bahasa golongan Chitty di Melaka. Penulisan adalah berkisar tentang masyarakat Chitty di Melaka, iaitu masyarakat minoriti yang kehadirannya di Melaka kurang diberi pendedahan pada masyarakat umum dan jika tidak diberi pendedahan berkemungkinan budaya masyarakat ini akan lenyap ditelan arus permodenan.
Versi mesra pencetak
- 2762 bacaan