• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

cetakan

Anda di sini

Anda di sini

KOMPILASI KAJIAN KES KONSERVASI ARTIFAK

No. Rujukan/Reference No. (Paperback): 
ISBN:978-967-9935-99-8
Harga/Price (Paperback): 
RM24.00
Ada/Availability?: 
Yes
Penulis/Author: 
Zamrul Amri Bin Zakaria
Mukasurat/Pages: 
108
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2011
Penerbit/Publisher: 
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sinopsis/Abstrak: 

Buku ini merupakan kompilasi beberapa kajian kes yang telah dijalankan terhadap khazanah warisan Negara yang telah mengaplikasikan pelbagai teknik konservasi. Pendokumentasi kajian kes ini dapat menjelaskan mengenai penggunaan teknik konservasi yang bersesuaian terhadap penjagaan artifak mengikut tahap kerosakan. Pelbagai bahan dan teknik digunakan bagi membantu menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat sesebuah artifak. Penerbitan buku ini bersesuaian dengan bahan rujukan dan panduan kepada konservator, pelajar IPT, profesional muzium dan individu-individu yang cuba memahami dan mendalami teknik yang bersesuaian semasa  menjalankan proses konservasi. Penggunaan gaya bahasa yang santai memudahkan para pembaca memahami maklumat yang disampaikan.

 

Apresiasi Topeng Sedunia

Harga/Price (Paperback): 
RM53.00
Ada/Availability?: 
Yes
Penulis/Author: 
Masks of The World : An Appreciation
Mukasurat/Pages: 
183
Harga/Price (Hardcover): 
RM65
No Rujukan/ Reference No. : 
978-967-0372-11-2
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2014
Penerbit/Publisher: 
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sinopsis/Abstrak: 

Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia. Buku ini juga merupakan satu bentuk pendokumentasian  rentetan dari Pameran Topeng Sedunia yang berlangsung di Galleri 2 dan 3 Jabatan Muzium Malaysia(JMM) pada Disember 2012 hingga April 2013. Ia merupakan komitmen JMM dalam usaha memelihara warisan budaya agar sentiasa mekar dalam mewarnai citra masyarakat Malaysia. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

Batik Sarung : A Legacy for Today and Tomorrow

Harga/Price (Paperback): 
RM17.00
Ada/Availability?: 
Yes
Mukasurat/Pages: 
73
No Rujukan/ Reference No. : 
978-967-0372-19-8
Tahun diterbitkan/Year Published: 
2014
Penerbit/Publisher: 
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sinopsis/Abstrak: 

Buku Batik sarung ini diterbitkan sempena Pameran Batik Sarung yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Batik Sarung diangkat sebagai anugerah ketrampilan kewanitaan. Pengertian sebagai skirt  dalam kamus bahasa dan warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada konsep dalam fesyen. Batik sarung menjadi perantara manusia dengan adat dan budaya dalam variasi  kehidupan masyarakat. Batik sarung adalah hasil kraf tangan pembatik yang mempunyai kepelbagaian corak seperti flora dan fauna yang mencerminkan keperibadian serta imej kewanitaan yang lemah lembut. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Halaman

Kemas kini terakhir: 17 Mei 2024 - 10:59am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources