Buku ini merupakan hasil penulisan yang telah dibentangkan dalam Seminar Borneo II dengan tema “Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”. Umumnya, para penyumbang dalam buku ini terdiri daripada ahli akademik dan bukan akademik yang mempunyai pengetahuan mendasar berkenaan masyarakat Brunei Sabah selepas terpisah secara fizikal denngan pentadbiran Kesultanan Brunei selama seratus tiga puluh tiga tahun. Oleh sebab itu, tujuan utama seminar tersebut bukan sahaja untuk menelusuri jejak sejarah Kesultanan Brunei di Sabah, tetapi juga mengetahui sosiobudaya masyarakat Brunei yang masih dilestarikan sehingga kini.
Buku Batik sarung ini diterbitkan sempena Pameran Batik Sarung yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Batik Sarung diangkat sebagai anugerah ketrampilan kewanitaan. Pengertian sebagai skirt dalam kamus bahasa dan warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada konsep dalam fesyen. Batik sarung menjadi perantara manusia dengan adat dan budaya dalam variasi kehidupan masyarakat. Batik sarung adalah hasil kraf tangan pembatik yang mempunyai kepelbagaian corak seperti flora dan fauna yang mencerminkan keperibadian serta imej kewanitaan yang lemah lembut. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia. Buku ini juga merupakan satu bentuk pendokumentasian rentetan dari Pameran Topeng Sedunia yang berlangsung di Galleri 2 dan 3 Jabatan Muzium Malaysia(JMM) pada Disember 2012 hingga April 2013. Ia merupakan komitmen JMM dalam usaha memelihara warisan budaya agar sentiasa mekar dalam mewarnai citra masyarakat Malaysia. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.