Buku ini adalah Katalog Pameran yang diadakan di Muzium Negara iaitu Pameran Magis Belantara Herba Orang Asli yang diadakan di Muzium Negara pada 15 November hingga 31 Disember 2009. Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merupakan antara minoriti di Negara ini terdiri daripada lapan belas suku kaum yang berdasarkan tiga kumpulan utama iaitu Senoi, Nagrito dan Proto Melayu. Secara khususnya mereka mendiami kawasan-kawasan pedalaman, pinggir-pinggir hutan dan sebahagiannya di pinggir perkampungan melayu. Keadaan dalam persekitaran yang dikelilingi tumbuhan tropika membolehkan masyarakat ini mengenali dan memahami tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk dijadikan sebagai keperluan hidup mereka. Penggunaan herba sebagai alternatif perubatan masa kini semakin mendapat perhatian masyarakat dan herba-herba yang digunakan adalah diperkenalkan oleh masyarakat orang asli yang terkenal dengan tumbuhan atau herba sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Buku ini akan membantu kepada sesiapa pun untuk mengenali pelbagai jenis herba dan peralatan untuk membuat herba yang di amalkan oleh orang asli di Negara kita untuk perubatan tradisional.
Monograph entitled Kajian Perbandingan Tapak Paleolitik Kampung Temelong dengan Kota Tampan dan Sumbangannya Terhadap Kebudayaan Zaman Pleistosen Akhir di Asia Tenggara by Mohd Mokhtar Saidin which was converted from his thesis.
Inilah panduan ke galeri sejarah yang pernah ditempatkan di Muzium Negara. Walaupun galeri itu tidak lagi berada di Muzium Negara, namun koleksi sejarah dari peringkat awal sehingga 1984 dipaparkan secara terperinci. Ia termasuk ilustrasi bahan pameran semasa galeri itu ditempatkan di Muzium Negara. Buku panduan ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.