Buku ini mengandungi himpunan artikel yang dihasilkan oleh Sukarelawan Muzium JMM tentang cerita di sebalik artifak yang ada dalam koleksi JMM . Sempena ulangtahun ke-20 Sukarelawan Muzium berjaya menghasilkan sebuah buku yang mengandungi koleksi artifak yang terdapat di dalam Galeri Pameran di Muzium Negara. Di dalam buku ini terdapat gambar-gambar serta lukisan yang menarik berkenaan dengan kesenian, dan tempat menarik yang untuk dikunjungi.

Buku ini merupakan hasil penulisan yang telah dibentangkan dalam Seminar Borneo II dengan tema “Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”. Umumnya, para penyumbang dalam buku ini terdiri daripada ahli akademik dan bukan akademik yang mempunyai pengetahuan mendasar berkenaan masyarakat Brunei Sabah selepas terpisah secara fizikal denngan pentadbiran Kesultanan Brunei selama seratus tiga puluh tiga tahun. Oleh sebab itu, tujuan utama seminar tersebut bukan sahaja untuk menelusuri jejak sejarah Kesultanan Brunei di Sabah, tetapi juga mengetahui sosiobudaya masyarakat Brunei yang masih dilestarikan sehingga kini.