Skip to main content
Please wait...

Malaysia Museums Journal Vol 34

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
175
Harga/Price (Paperback)
RM20
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
2600-7673
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan
Publication Type

Malaysia Museums Journal adalah jurnal terbitan Jabatan Muzium Malaysia. Ia merupakan Jurnal berwasit, yang dapat menyemarakkan lagi tradisi wacana ilmu di arena pendidikan global. Penerbitan berkala ini juga mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh Institusi permuziuman sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal. Ia merupakan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh pengamal atau penggiat muzium dari pelbagai latar belakang pendidikan serta kerjaya yang mempunyai kepakaran kursus dalam bidang permuziuman

The Chitties Of Melaka

Penulis/Author
Karen Loh dan Jegatheesan Vellupillay
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
243
Harga/Price (Paperback)
RM26
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
978-967-0372-27-3
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

THE CHITTIES OF MELAKA  adalah buku terbitan bersama  antara Jabatan Muzium Malaysia dan Sukarelawan Muzium. Buku ini ditulis oleh  Karen Loh dan Jegatheesan Vellupillay dari pasukan sukarelawan muzium yang banyak membantu dalam menyebarluaskan peranan Jabatan Muzium kepada masyarakat umum.

Batik Sarong: A Heritage Of Today For Tomorrow

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
200
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN : 978-967-0372-24-2
Harga/Price (Hardcover)
RM150
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Sebuah buku popular dengan garapan penulisan yang sangat hebat oleh Raja Fuziah binti Raja Tun Uda dan Mohamad Najib bin Md Nor bersama beberapa orang penulis tamu yang lain seperti Adeline binti Abdul Ghani, Erna Dyanty binti Mad Daluis dan Mohd Yunus bin Abdullah.

Saloma: Ikon Fesyen Retro/Retro Fashion Icon

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
116
Harga/Price (Paperback)
RM42
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN : 978-967-0372-26-6
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Ini adalah karya penerbitan berbentuk popular yang dihasilkan sempena dengan penganjuran Pameran Ikon Fesyen Retro: Saloma yang telah berlangsung sejak 8 Ogos 2017 yang lalu sehinggalah berakhir pada tarikh ulangtahun perkahwinan beliau dan suami tercintanya P.Ramlee pada hari ini iaitu tanggal 31 Oktober 2017, setelah tiga bulan ‘menemui’ peminatnya di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia.

Makam-Makam Islam Lama Di Maritim Asia Tenggara

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
407
Harga/Price (Paperback)
RM24
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN : 978-967-0372-25-9
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan
Publication Type

Makam-Makam Islam lama di Maritim Asia Tenggara merupakan hasil tulisan pilihan terbitan EFEO dan Association Achipel. Tujuan utama buku ini diterbitkan untuk memperkenalka hasil penyelidikan tentang makam-makam Islam zaman silam yang telah dijalankan selama 20 tahun terakhir kebelakangan ini. Penemuan makam- makam Islam lama merupakan bukti tinggalan arrkeologi yang boleh dikaitkan dengan sejarah islamisasi pesisir maritim di Asia Tenggara.

Senjata-Senjata Melayu

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
48
Harga/Price (Paperback)
RM10
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN: 978-967-0372-13-6
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini membincangkan mengenai senjata-senjata Melayu khususnya keris. Selain menceritakan pelbagai jenis keris terdapat juga keterangan mengenai senjata lain pedang, parang, badik dan sebagainya. Di dalam buku ini juga menerangkan perihal meriam Melayu yang digunakan semasa menentang penjajah Portugis di Melaka.  

Cetakan Kedua 2008

Cetakan Ketiga 2014

 

Seramik Empayar Johor Abad 11-19

Penulis/Author
Asyaari Muhamad
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
315
Harga/Price (Paperback)
RM55
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN 978-967-0372-06-8
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini membincangkan mengenai tinggalan sejarah dan arkeologi yang dijumpai di tapak Kerajaan Empayar Johor dari abad ke-16 hingga ke-19 Masihi. Tempoh waktu ini dipilih sebagai satu zaman peralihan dan perpindahan pusat pemerintahan kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka ke a rah selatan Tanah Melayu dan di persekitaran kepulauan Riau-Lingga. Buku ini turut memberikan tumpuan kepada perkembangan zaman pra-Empayar Johor kerana terdapat taburan artifak khususnya tembikar yang usianya lebih awal dari abad ke-16 Masihi.

Kod Etika ICOM Untuk Muzium

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
21
Harga/Price (Paperback)
RM10
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
ISBN : 978-967-0372-23-5
Jenis Penerbitan

Kod Etika ICOM untuk Muzium adalah ibarat batu asas kepada ICOM yang menetapkan standard minimum bagi amalan dan prestasi professional untuk muzium- muzium serta kakitangan. Dengan menyertai pertubuhan ini, ahli- ahli ICOM berikrar untuk mematuhi kod etika ini.

KOMPILASI KAJIAN KES KONSERVASI ARTIFAK

Penulis/Author
Zamrul Amri Bin Zakaria
Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
108
Harga/Price (Paperback)
RM24
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN:978-967-9935-99-8
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini merupakan kompilasi beberapa kajian kes yang telah dijalankan terhadap khazanah warisan Negara yang telah mengaplikasikan pelbagai teknik konservasi. Pendokumentasi kajian kes ini dapat menjelaskan mengenai penggunaan teknik konservasi yang bersesuaian terhadap penjagaan artifak mengikut tahap kerosakan. Pelbagai bahan dan teknik digunakan bagi membantu menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat sesebuah artifak.

Apresiasi Topeng Sedunia

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
183
Harga/Price (Paperback)
RM53
Harga/Price (Hardcover)
RM65
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-11-2
Jenis Penerbitan

Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia.

Subscribe to cetakan

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut