Archive - Apr 3, 2009
Program Kerja Lapangan Konservasi Kuratif – Lokomotif Diesel
Dikemaskini oleh azhari pada Fri, 04/03/2009 - 15:37.Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengadakan satu Program Kerja Lapangan Konservasi Kuratif – Lokomotif Diesel. Program ini bertujuan untuk menghentikan proses deteriorasi dari terus berlaku ke atas Lokomotif Diesel.
Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut :
Tarikh : 2 April 2009 (Khamis)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Tempat Letak Kereta, Muzium Negara
Hari Muzium Antarabangsa 2009
Dikemaskini oleh azhari pada Fri, 04/03/2009 - 11:09.
Laman Web Rasmi: http://hma.jmm.gov.my
Rasional Rekaan Logo:
Logo Hari Muzium Antarabangsa 2009 merupakan abstrak kepada tema tahun 2009 iaitu Muzium dan Pelancongan yang menggambarkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi bangsa hasil dari keindahan alam, kesenian, kebudyaan, sejarah, tradisi dan ekonomi.
Tuan rumah:
Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-13. Ini bermakna Terengganu menjadi tuan rumah bagi kali kedua. Kali pertama Terengganu menjadi tuan rumah ialah dalam tahun 1998, edisi ke-2.


