News

Ekspedisi Kembara JMM Ke Tasik Kenyir 2009

Poster Ekspedisi Kembara JMM Ke Tasik Kenyir 2009

Klik read more untuk jadual program. Read more »

Hari Muzium Antarabangsa 2009

Logo Rasmi Hari Muzium Antarabangsa

Laman Web Rasmi: http://hma.jmm.gov.my

Rasional Rekaan Logo:

Logo Hari Muzium Antarabangsa 2009 merupakan abstrak kepada tema tahun 2009 iaitu Muzium dan Pelancongan yang menggambarkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi bangsa hasil dari keindahan alam, kesenian, kebudyaan, sejarah, tradisi dan ekonomi.

Tuan rumah:

Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-13. Ini bermakna Terengganu menjadi tuan rumah bagi kali kedua. Kali pertama Terengganu menjadi tuan rumah ialah dalam tahun 1998, edisi ke-2. Read more »

Pengisytiharan Koleksi Muzium sebagai Objek Warisan Kebangsaan 2009

Poster Objek Warisan Kebangsaan 2009

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah diantara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Read more »

Sindiket kandungan