Archive - Apr 2009
Aktiviti kemuncak sempena Pameran Senjata Tradisional ‘Misteri dan Kesaktian’
Dikemaskini oleh saifulbahari pada Kha, 04/23/2009 - 12:46.- Beri ulasan anda
- telah diakses sebanyak 749 kali
Aktiviti kemuncak sempena Pameran Senjata Tradisional ‘Misteri dan Kesaktian’
25 April 2009
1. Pertandingan Pameran Koleksi Peribadi
2. Pertandingan Keris
3. Pertandingan Kehebatan Senjata
Disamping itu, beberapa aktiviti lain akan diadakan pada hari berkenaan seperti berikut :
- Persembahan Kebudayaan
- Pertunjukkan Silat
- Puzzle
- Tarian Ngajat dan Menyumpit
Aturcara Program Kemuncak Pameran Senjata Tradisional
Lokasi : Dataran Muzium Negara Kuala Lumpur
Tarikh : 25 April 2009
Masa : 9.00pg – 6.00ptg
9.00pg - Pendaftaran Pertandingan Keris
10.00pg - Pameran Koleksi peribadi mula dibuka kepada orang ramai
10.30pg - Pengadilan untuk Pameran Senjata bermula, Pertunjukkan Silat
11.00pg - Puzzle
12.00tgh- Persembahan Tarian Ngajat dan Menyumpit
2.00ptg - Persembahan Kebudayaan
2.00ptg - Pertandingan Kehebatan Senjata
4.00ptg - Penyampaian Hadiah, Persembahan Silat
5.00ptg - Majlis Tamat
Majlis Regatta Lepa 2009
Dikemaskini oleh azhari pada Rab, 04/08/2009 - 13:51.- Beri ulasan anda
- telah diakses sebanyak 604 kali
Sukacita dimaklumkan bahawa KPKKW akan menganjurkan Majlis Regatta Lepa 2009 seperti berikut:
Tarikh : 18 hingga 19 April 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Semporna, Sabah
Sebarang pertanyaan sila hubungi Wan Nabila Wan Mohd di talian 03-26128310 atau Shahrul Nizam Jamaludin di talian 03-26127201.
Program Kerja Lapangan Konservasi Kuratif – Lokomotif Diesel
Dikemaskini oleh azhari pada Fri, 04/03/2009 - 15:37.- Beri ulasan anda
- telah diakses sebanyak 592 kali
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengadakan satu Program Kerja Lapangan Konservasi Kuratif – Lokomotif Diesel. Program ini bertujuan untuk menghentikan proses deteriorasi dari terus berlaku ke atas Lokomotif Diesel.
Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut :
Tarikh : 2 April 2009 (Khamis)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Tempat Letak Kereta, Muzium Negara
Hari Muzium Antarabangsa 2009
Dikemaskini oleh azhari pada Fri, 04/03/2009 - 11:09.- Beri ulasan anda
- Baca selanjutnya
- telah diakses sebanyak 923 kali

Laman Web Rasmi: http://hma.jmm.gov.my
Rasional Rekaan Logo:
Logo Hari Muzium Antarabangsa 2009 merupakan abstrak kepada tema tahun 2009 iaitu Muzium dan Pelancongan yang menggambarkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi bangsa hasil dari keindahan alam, kesenian, kebudyaan, sejarah, tradisi dan ekonomi.
Tuan rumah:
Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-13. Ini bermakna Terengganu menjadi tuan rumah bagi kali kedua. Kali pertama Terengganu menjadi tuan rumah ialah dalam tahun 1998, edisi ke-2.


