• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - Mei 2008

Anda di sini

Anda di sini

Tarikh
  • Semua
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

Mei 21st

Program Bicara Gambus 2008

Poster Program Bicara Gambus 2008

Pengenalan

Bicara Gambus merupakan aktiviti yang dianjurkan sebagai wadah interaksi pemikiran ilmiah dalam usaha ke arah mendokumentasikan muzik gambus masyarakat Brunei Sabah, khususnya dan Malaysia, amnya. Penyelidikan ini telah dirancang dan dijalankan oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan gandingan ahli akademik, penyelidik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.

Penyelidikan yang dilaksanakan di bawah Program Pengesahan Fakta Sejarah Negara tahun 2006-2009 ini telah memperlihatkan beberapa hasil tinjauan yang menarik. Usaha ini adalah selaras dengan teras utama dasar RMKe-9 untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dengan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan menerusi pemupukan nilai budaya positif, memperkukuhkan penghayatan budaya, seni dan warisan, memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara serta mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mapan dan berterusan.

Usaha ini juga selaras dengan Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia 2005 dalam konteks pemeliharaan muzik tradisi yang dilaksanakan melalui penyelidikan, pendidikan, penggalakan dan penyemarakan.

Bicara Gambus memfokus kepada kajian awal yang meliputi beberapa aspek gambus, di samping persembahan muzik dalam usaha penilaian, perbandingan terhadap status gambus, mendapatkan idea dan kritikan membina, penambahbaikan dan gagasan yang memantapkan pelestarian muzik gambus sebagai muzik tradisi warisan budaya.

Objektif Program

  1. Mendokumentasikan sumber informasi muzik gambus
  2. Menyediakan ruang wacana atau wadah interaksi pemikiran ilmiah dan perkongsian ilmu muzik gambus
  3. Menyemarakan persembahan muzik gambus

Tarikh: 4 Jun 2008
Masa 8.30 pagi-1.00 petang
Penganjur: Jabatan Muzium Malaysia

Terbuka kepada orang ramai khususnya:

  1. Penggiat Seni
  2. Penyelidik
  3. Pelajar Sekolah dan Mahasiswa
  4. Penggubal Dasar
  5. Para sarjana muzik
  6. Pendidik
  7. Pembuat Gambus
  8. Budayawan
  9. Sejarawan
  10. Warga Muzium

Tentatif Aturcara Program Bicara Gambus 4 Jun 2008

MASA PROGRAM
8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran
9.00 pagi - 9.05 pagi Bacaan Doa
9.05 - 9.20 pagi Ucapan Aluan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia
9.20 pagi - 9.40 pagi Persembahan Selingan 1. Petikan Gambus Solo oleh Fauziah Suhaili, ASWARA
9.40 pagi - 10.05 pagi Pembentangan 1, Penceramah: En. Kamaruddin Zakaria, Jabatan Muzium Malaysia Kuala Lumpur. Tajuk: Penyelidikan Gambus Masyarakat Brunei Sabah, Pengerusi : Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia
10.05 pagi – 10.35 pagi Kudapan dan Persembahan Gambus oleh Kumpulan Sri Petalawati, Jabatan Muzium Malaysia
10.35 pagi - 10.55 pagi Pembentangan 2, Penceramah: Dr. Mohd Hassan Haji Abdullah, Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak. Tajuk: Aspek-aspek Organologi Gambus, Pengerusi : Prof. Dr. Rahmah Bujang, Universiti Malaya Kuala Lumpur
10.55 pagi - 11.05 pagi Pembentangan 3, Penceramah: En. Ahmad Hakimi Khairuddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tajuk: Gambus Melayu Dalam Persembahan Hamdolok dan Zapin, Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khairi Johar Bahar, Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam)
11.05 pagi - 11.35 pagi Persembahan Selingan 2. (Orkestra Gambus, ASWARA)
11.35 pagi - 11.55 pagi Pembentangan 4, Penceramah: Y.M Raja Zulkarnain Mohd Yusof, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk: Teknik-teknik Permainan Gambus (The Arts of Oud Playing & Techniques). Pengerusi : Y.M. Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
11.55 pagi - 12.15 tengahari Pembentangan 5, Penceramah: Encik Halidan Ithnin, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk : Kaedah dan Teknik Pembuatan Gambus Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Encik Sahami Abd. Manaf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur
12.15 tengahari - 12.35 tengahari Persembahan Selingan 3 oleh Kumpulan Gambus Kuala Kangsar Perak
12.35 tengahari - 2.00 petang Jamuan Makan Tengahari dan Persembahan Gambus di Dataran Muzium Negara oleh Fauziah Suhaili, Orkestra Gambus ASWARA dan Kumpulan Gambus seni Warisan Kuala Kangsar, Perak.

Catatan:

Jabatan Muzium Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada para peserta.

Masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kamaruddin bin Zakaria di talian 03-2282 6255 ext 390

Mei 20th

Officiation of International Museum Day 2008 Celebration

Kehadiran Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Timbalan Menteri dan isteri masing-masing di Pentas Perasmian JMM

The Celebration of International Museum Day 2008 was officiated by the Honorary Minister Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal on Tuesday 20th May 2008, 8.30 am.

The launching ceremony was held at Department of Museums, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

The minister's speech can be downloaded here.

The International Museum Day (HM2008) Blog is available at http://hma.jmm.gov.my/2008

Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008

Kehadiran Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Timbalan Menteri dan isteri masing-masing di Pentas Perasmian JMM

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008 peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal pada Selasa 20 Mei 2008.

Majlis perasmian telah diadakan di ruang legar Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi.

Selepas majlis perasmian, YB Menteri, Timbalan Menteri dan diringi oleh isteri masing-masing bersama-sama dif-dif jemputan dibawa melawat tapak Pameran Keris "Seni dan Kuasa" di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia.

Antara paparan menarik di tapak pameran yang sempat dilawati beliau adalah Demonstrasi Mencuci Keris, pameran daripada Muzium Negeri Sumatera Selatan dan muzium-muzium di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Muzium Malaysia, Lembaga Muzium Negeri dan muzium-muzium di Malaysia sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Ucapan YB Menteri boleh dimuat turun di sini.

Blog Hari Muzium Antarabangsa 2008 (HM2008) boleh dilayari di http://hma.jmm.gov.my/2008

Kemas kini terakhir: 19 April 2024 - 8:56am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources