
Pengenalan
Bicara Gambus merupakan aktiviti yang dianjurkan sebagai wadah interaksi pemikiran ilmiah dalam usaha ke arah mendokumentasikan muzik gambus masyarakat Brunei Sabah, khususnya dan Malaysia, amnya. Penyelidikan ini telah dirancang dan dijalankan oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan gandingan ahli akademik, penyelidik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.
Penyelidikan yang dilaksanakan di bawah Program Pengesahan Fakta Sejarah Negara tahun 2006-2009 ini telah memperlihatkan beberapa hasil tinjauan yang menarik. Usaha ini adalah selaras dengan teras utama dasar RMKe-9 untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dengan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan menerusi pemupukan nilai budaya positif, memperkukuhkan penghayatan budaya, seni dan warisan, memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara serta mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mapan dan berterusan.
Usaha ini juga selaras dengan Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia 2005 dalam konteks pemeliharaan muzik tradisi yang dilaksanakan melalui penyelidikan, pendidikan, penggalakan dan penyemarakan.
Bicara Gambus memfokus kepada kajian awal yang meliputi beberapa aspek gambus, di samping persembahan muzik dalam usaha penilaian, perbandingan terhadap status gambus, mendapatkan idea dan kritikan membina, penambahbaikan dan gagasan yang memantapkan pelestarian muzik gambus sebagai muzik tradisi warisan budaya.
Objektif Program
- Mendokumentasikan sumber informasi muzik gambus
- Menyediakan ruang wacana atau wadah interaksi pemikiran ilmiah dan perkongsian ilmu muzik gambus
- Menyemarakan persembahan muzik gambus
Tarikh: 4 Jun 2008
Masa 8.30 pagi-1.00 petang
Penganjur: Jabatan Muzium Malaysia
Terbuka kepada orang ramai khususnya:
- Penggiat Seni
- Penyelidik
- Pelajar Sekolah dan Mahasiswa
- Penggubal Dasar
- Para sarjana muzik
- Pendidik
- Pembuat Gambus
- Budayawan
- Sejarawan
- Warga Muzium
Tentatif Aturcara Program Bicara Gambus 4 Jun 2008
MASA | PROGRAM |
---|---|
8.30 pagi - 9.00 pagi | Pendaftaran |
9.00 pagi - 9.05 pagi | Bacaan Doa |
9.05 - 9.20 pagi | Ucapan Aluan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia |
9.20 pagi - 9.40 pagi | Persembahan Selingan 1. Petikan Gambus Solo oleh Fauziah Suhaili, ASWARA |
9.40 pagi - 10.05 pagi | Pembentangan 1, Penceramah: En. Kamaruddin Zakaria, Jabatan Muzium Malaysia Kuala Lumpur. Tajuk: Penyelidikan Gambus Masyarakat Brunei Sabah, Pengerusi : Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia |
10.05 pagi – 10.35 pagi | Kudapan dan Persembahan Gambus oleh Kumpulan Sri Petalawati, Jabatan Muzium Malaysia |
10.35 pagi - 10.55 pagi | Pembentangan 2, Penceramah: Dr. Mohd Hassan Haji Abdullah, Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak. Tajuk: Aspek-aspek Organologi Gambus, Pengerusi : Prof. Dr. Rahmah Bujang, Universiti Malaya Kuala Lumpur |
10.55 pagi - 11.05 pagi | Pembentangan 3, Penceramah: En. Ahmad Hakimi Khairuddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tajuk: Gambus Melayu Dalam Persembahan Hamdolok dan Zapin, Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khairi Johar Bahar, Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam) |
11.05 pagi - 11.35 pagi | Persembahan Selingan 2. (Orkestra Gambus, ASWARA) |
11.35 pagi - 11.55 pagi | Pembentangan 4, Penceramah: Y.M Raja Zulkarnain Mohd Yusof, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk: Teknik-teknik Permainan Gambus (The Arts of Oud Playing & Techniques). Pengerusi : Y.M. Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. |
11.55 pagi - 12.15 tengahari | Pembentangan 5, Penceramah: Encik Halidan Ithnin, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk : Kaedah dan Teknik Pembuatan Gambus Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Encik Sahami Abd. Manaf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur |
12.15 tengahari - 12.35 tengahari | Persembahan Selingan 3 oleh Kumpulan Gambus Kuala Kangsar Perak |
12.35 tengahari - 2.00 petang | Jamuan Makan Tengahari dan Persembahan Gambus di Dataran Muzium Negara oleh Fauziah Suhaili, Orkestra Gambus ASWARA dan Kumpulan Gambus seni Warisan Kuala Kangsar, Perak. |
Catatan:
Jabatan Muzium Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada para peserta.
Masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kamaruddin bin Zakaria di talian 03-2282 6255 ext 390
- Beri ulasan anda
Versi mesra pencetak
- 6275 bacaan