• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - Mac 2008

Anda di sini

Anda di sini

Tarikh
  • Semua
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

March 31st

Budaya Kerja Kelas Pertama

Kepimpinan Kelas Pertama

  • Merujuk kepada amalan terbaik pemimipin yang melebihi daripada kebiasaan dari pengurusan minda, emosi dan tata kelakuan. Amalan ini seterusnya dapat mempengaruhi dan merangsang kumpulan untuk berusaha secara ikhlas bagi mencapai visi, misi dan matlamat bersama.

Amalan Kepimpinan Terbaik

Pemimpin yang hebat mengamalkan sifat-sifat berikut :

Berminda Positif

  • Percaya dan yakin terhadap sesuatu program baru yang dirancang akan membawa kebaikan.Contoh:yakin bahawa kerja boleh diperbaiki dengan usaha penambahbaikan secara berterusan.

Berminda Mencipta

  • Minda yang tidak terkongkong dengan kebiasaan amalan dan proses kerja sedia ada, sebaliknya melakukan pembaharuan, penambahbaikan dan berpandangan jauh. Contoh: sentiasa mencipta kelainan dan penambahbaikan dalam meneraju organisasi.

Mengutamakan Kualiti

  • Mementingkan kualiti dalam segala bentuk perkhidmatan, walaupun perkara yang remeh. Contoh: mengambil berat amalan kualiti diri dan kerja.

Merealisasikan Idea-idea Baru

  • Mengolah semula idea-idea baru menjadi lebih mudah difahami dan direalisasikan dalam organisasi untuk dilaksanakan. Contoh: mewujudkan satu kerangka kerja bagi melaksanakannya.

Menjana Kehebatan

  • Meneroka setiap peluang untuk dijana menjadi suatu nilai baru yang terbaik dan unggul. Contoh: membuat perubahan untuk mencipta sesuatu yang terbaik.

Memupuk Budaya Kompetensi Cemerlang

  • Menggalakkan warga organisasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Contoh: menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga organisasi menyertai latihan.

Menghayati Perasaan

  • Kebolehan memahami perasaan dan kehendak orang lain supaya pekerja dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas dan berkesan. Contoh: mementingkan kebajikan dan memahami perasaan orang lain.

Bijak Mengurus Emosi

  • Dapat memahami emosi diri dan orang lain untuk kebaikan organisasi.Contoh: mampu Mengawal emosi walaupun berada dalam persekitaran kerja tertekan.

Sentiasa Dalam Keceriaan

  • Berupaya mewujudkan keceriaan diri dan persekitaran. Contoh: mampu mewujudkan keceriaan walaupun dalam suasana kerja terdesak.

Bertindak Sebagai Pembimbing

  • Memberi panduan dan bertindak sebagai mentor kepada pekerjanya. Contoh: turut membantu dan memberi tunjuk ajar kapada pekerja dalam menyelesaikannya.

Menjadi Ikutan

  • Menunjukkan teladan kepada pekerja bawahan dengan keperibadian yang terpuji sebagai seorang ketua. Contoh: mudah mesra dan sentiasa menghormati orang lain.

Minda Berstrategi

  • Mengutamakan gerak kerja yang kemas, teratur dan terancang. Contoh; melaksanakan kerja dengan terancang dan berstrategi.

Cepat Bertindak

  • Sentiasa peka dan cepat memberi respon terhadap sebarabng keperluan organisasi dan perubahan persekitaran. Contoh: bertindak segera dalam membuat keputusan terhadap maklum balas yang diterima.

Minda Beretika

  • Memiliki keperibadian mulia dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji seperti berbudi bahasa, di segani, berintegriti, tahu menghormati orang lain dan berdisiplin. Contoh: bertindak secara berhemah dan penuh tanggungjawab selaras dengan tuntutan nilai murni organisasi dan masyarakat.
Intranet: 

March 18th

Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik

Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet dan mel elektronik di agensi-agensi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan.

Muat turun/Download

Intranet: 
LampiranSaiz
PDF icon pkpa012003-web.pdf476.88 KB

Hari Muzium Antarabangsa 2008

Banner Pameran Hari Muzium Antarabangsa 2008

Tema Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei 2008 adalah "Muzium sebagai agen perubahan dan pembangunan sosial". Di peringkat kebangsaan, majlis sambutan akan diadakan di Kuala Lumpur

Pameran Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008

Tarikh: 9.00-6.00petang,
20-24 Mei 2008

  1. Keris "Seni dan Kuasa" - Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia
  2. Perkahwinan DiRaja Perak - Lembaga Muzium Perak
  3. Sompoton - Jabatan Muzium Sabah
  4. Monumen Bersejarah Sarawak - Jabatan Muzium Sarawak
  5. Senibina Haiwan - Muzium Sultan Alam Shah
  6. Wawasan Tradisi Melayu Satu Kesinambungan - Muzium Seni Asia
  7. Congkak - Lembaga Muzium Negeri Terengganu
  8. Manuskrip – Khazanah Alam Tamadun Melayu
    - Yayasan Warisan Negeri Johor
  9. Transformasi Teknologi Penanaman Padi - Muzium Negeri Kedah 
  10. Muzium-muzium di Kelantan - Muzium Negeri Kelantan
  11. Dodol Melaka - Perbadanan Muzium Melaka
  12. “Penang Past & Present” Street Sences  - Muzium Negeri Pulau Pinang
  13. Joget Pahang Gamelan Melayu - Muzium Negeri Pahang
  14. Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Polis Di Raja
    Malaysia
  15. Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan Muzium Angkatan Tentera
    Malaysia
  16. Pameran Adat Perpatih - Muzium Negeri Sembilan
  17. Telefon Awam Sebagai Pemangkin Pembangunan - Masyarakat Muzium Telekom
  18. Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Tentera Udara
    Di Raja Malaysia
  19. Visual Art - Balai Seni Lukis Negara
  20. Visual Art - Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah - UiTM
  21. Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Negeri Sumatera
    Selatan

Jadual Program di Pameran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008

20 Mei 2008 (Selasa)

08.30
am Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2008 di Jabatan Muzium Malaysia

11.00am Seminar Hari
Muzium Antarabangsa, Auditorium Jabatan Muzium Malaysia

02.00
pm Fashion Parade,UiTM

04.00pm Tarian Zapin,Muzium Telekom

21 Mei 2008 (Rabu) 

10.30am Tarian Sabah,
Muzium Telekom

02.00pm Muzik
Tradisional Sompoton, Muzium Sabah

03.30pm Tarian Sarawak,
Muzium Telekom

22 Mei 2008 (Khamis)

10.30am Tarian Joget,
Muzium Telekom

02.00am Muzik
Tradisional Bungkau, Muzium Sabah

03.30pm Tarian Zapin,
Muzium Telekom

23 Mei 2008 (Jumaat)  

10.30
am Tarian Sabah,Muzium Telekom

03.00pm Muzik TradisionalSuling, Muzium Sabah

04.00pm Tarian Sarawak,Muzium Telekom

24 Mei 2008 (Sabtu)   

10.30am Tarian Joget,
Muzium Telekom

11.00pm Batik / Textile
Parade, UiTM

01.00pm Batik / Textile
Parade, UiTM

02.00pm Persembahan Seni Silat Lincah, UM

03.30pm Live Band Muzium PDRM

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Darniza
Daut @ Mohmud darniza@jmm.gov.my atau Encik
Mokhtar Tamby Ahmad mokhtar@jmm.gov.my di talian 03-22826255

Sila layari blog hari Muzium Antarabangsa 2008 di http://hma.jmm.gov.my/2008

Kemas kini terakhir: 26 April 2024 - 11:48am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources