Main Peteri atau disebut juga ‘Main Puteri’ atau ‘Main Teri’ merupakan seni persembahan yang popular di Kelantan. Tujuan utama persembahan ini adalah perubatan di mana Tuk Peteri, Tuk Minduk dan pemuzik yang digelar ‘panjak’ membebaskan ‘angin’ pesakit.
Sebuah dokumentari mengenai senjata keris sebagai salah satu khazanah terpenting warisan bangsa Melayu yang kaya dengan unsur-unsur keperwiraan, mistik, lagenda dan sejarah bangsa Melayu.
Sebanyak 25 keramat atau makam tokoh-tokoh pendakwah Islam antara lainnya berasal dari Nusantara (Alam Melayu) di 23 lokasi bahagian barat Cape Town. Dokumentari ini menjadi bukti terhadap penempatan masyarakat Melayu terawal di sana dan penyebaran dakwah Islam di kalangan masyarakat di Cape Town.