About Department of Museums Malaysia
Submitted by saifulbahari on Sun, 03/02/2008 - 23:24.
- 4382 reads
- Bahasa Melayu
Vision
Menjadi institusi permuziuman unggul di Asia
Mission
- Mengumpul dan memulihara koleksi artifak yang signifikan
- Menghasil dan mendokumentasikan penyelidikan koleksi artifak
- Mengadakan pameran-pameran menarik secara berterusan
- Menjadi destinasi utama pelancong
Objectives
- Menjalankan kerja-kerja pengumpulan, pemuliharaan dan pengekalan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara
- Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran, program-program pendidikan dan pengembangan muzium
Aims
- Mengemaskini dan melengkapkan data-data koleksi sedia ada.
- Menyediakan repositori dan makmal konservasi yang serba lengkap.
- Menghasilkan penyelidikan berwibawa.
- Menyediakan modal insan terlatih didalam bidang permuziuman.
- Menyediakan pameran menarik.
- Menjadi institusi permuziuman yang unggul.
Functions
- Menyelidik, mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi negara.
- Mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi khidmat kepakaran dan nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta.
- Mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan.
- Memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum dan persidangan dan lawatan berpandu ke balai-balai pameran.
Client's Charter
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra di dalam tugas-tugas berikut;
- Mengadakan pameran tentang sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara melalui;
- Pameran Tetap - berterusan
- Pameran Khas – minima 10 pameran setahun
- Pameran Bergerak – minima 20 pameran setahun
- Permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam masa 3 hari.
- Aduan pelanggan dijawab dalam masa 3 hari.
- Permohonan lawatan berpandu ke muzium melalui;
- Surat - dijawab dalam masa 3 hari.
- Emel - dijawab pada hari yang sama
- Sms - dijawab serta merta
- Permohonan pembelian gambar melalui;
- Kaunter - diluluskan serta merta
- Surat - dijawab dalam masa 3 hari
Core services
- Collection management
- Research
- Knowledge Dissemination through Exhibitions, Lectures, Workshops, Seminars, Forums and conferences, and Guided tour to galleries
History
| Bil. | Tarikh | Peristiwa |
|---|---|---|
| 1. | 1883 | Aktiviti muzium bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping. |
| 2. | 1888 | Penubuhan Muzium Sarawak di Kuching oleh Sir Charles Brooke II. |
| 3. | 1907 | Penubuhan Muzium Selangor. |
| 4. | 1910 | Pengurusan Muzium Selangor & Muzium Perak disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. |
| 5. | 10 Mac 1945 | Kemusnahan sebahagian bangunan Muzium Selangor akibat daripada terkena bom Tentera Udara Berikat. |
| 6. | 16 September 1958 | Pelantikan arkitek untuk mereka bentuk bangunan khas di atas tapak bekas bangunan Muzium Selangor. |
| 7. | 2 Januari 1962 | Syarikat Yew Lee dilantik untuk mula membina bangunan Muzium Negara atas tapak bekas Muzium Selangor. |
| 8. | 31 Ogos 1963 | Perasmian pembukaan Muzium oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. |
| 9. | 1978 | Jabatan Muzium dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. |
| 10. | 1987 | Jabatan Muzium dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kemudiannya ditukar nama kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan pada 1992 nama kementerian ini ditukar sekali lagi kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. |
| 11. | 11 Mac 1993 | Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasmi. |
| 12. | 1 Mac 2006 | Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia |
A List of previous and current Department of Museums Malaysia Director General can be found here.


