Gordang Sambilan merupakan salah satu cabang kesenian muzik yang lahir dan popular di Negeri Selangor. Lazimnya Gordang Sambilan dimainkan oleh sepuluh orang, alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang selain alatan sampingan seperti Gong, Cak Lempong, Sesayak dan Seruling.
Dokumentari ini memperlihatkan keunikan istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak seperti majlis Basuh Gelaga iaitu satu persembahan permainan Gendang Melayu diadakan sehari sebelum bersanding dan upacara Malam Belulut (malam berinai) diiringi dengan permainan Tar dan Hadrah selepas hari persandingan.