-A +A

Current Theme: Standard

Archive

July 16th, 2009

Pameran Bunga Dalam Budaya

Pameran bertajuk 'Bunga Dalam Budaya' sedang berlangsung di Muzium Negara bermula 18 Julai sehingga 26 Julai 2009. Di antara tarikan yang disajikan kepada para pengunjung adalah paparan mengenai Bunga Kebangsaan, Bunga Pahar Gergasi 7, Diorama Mandi Bunga, Kolam Teratai dan 'koolam'.

Ruang pameran dibahagikan kepada beberapa segmen yang meliputi peranan pelbagai jenis bunga dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia seperti penggunaannya pada upacara-upacara tertentu masyarakat Melayu, Cina dan India.

Selain itu, turut dipamerkan adalah paparan bunga eksotik seperti rafflesia, periuk kera, bunga bakawali dan bunga 'bird of paradise. Turut menggamit kehadiran orang ramai adalah pameran bunga-bunga segar seperti mawar, kekwa, peoni, bunga burung cenderawasih dan banyak lagi. Read more »

July 7th

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009

Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium

July 2nd

Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960

Banner Acara Sampingan Pameran Darurat

Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960 ini diadakan di Muzium Negara bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009. Pameran ini memaparkan aspek-aspek pencetus darurat di Tanah Melayu serta pergolakan yang berlaku di sepanjang tempoh 1948 hingga 1960. Selain itu, pameran ini menerangkan dan memperlihatkan peranan dan perjuangan wira bangsa. Pameran ini juga adalah sebagai usaha untuk mendorong masyarakat celik sejarah disamping memupuk sikap cintakan negara.