• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - 2009

You are here

You are here

September 3rd

Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Banner Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Lokasi pameran : Muzium Negara, Kuala Lumpur Tarikh pameran : 1 Ogos hingga 9 Ogos 2009 Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentakkan kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalin unsur-unsur luar, misalnya daripada Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan muzik ‘rakyat’ dan muzik ‘istana’ yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu.

Alat Muzik Tradisional - Kesatuan Dalam Kepelbagaian

Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Alat-alat muzik membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa, justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia berteraskan 1 Malaysia.

Aktiviti Sampingan

Jadual Aturcara Persembahan Pameran Alat-Alat Muzik Tradisional

 

Sabtu 1 Ogos 2009, Dataran Muzium Negara

 

MASA   ATURCARA
10.30 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum India iaitu alat muzik Mridangam dan Natheswaram
11.00 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum Melayu iaitu Cak Lempong dari Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Kajang

 

Sabtu 8 Ogos 2009, Dataran Muzium Negara

 

MASA   ATURCARA
11.00 Pagi : Ketibaan Para Jemputan dimulakan dengan Paluan Kompang dari Sekolah Kebangsaan Segambut dengan alunan Selawat Nabi dan Isra’ Mikraj serta Persembahan Tarian Bunga Tanjung

 

11.30 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum India.
11.50 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional oleh Kaum Melayu iaitu Ghazal diiringi nyanyian lagu-lagu Melayu Asli.
12.35 Tengahari : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional oleh Kaum Cina.
1.00 Petang : Gabungan Persembahan Dari Semua Peserta

 

Nostalgic Raya Dishes Exhibition

Poster Pameran Nostalgia Sajian Raya

Date: 5/9/2009 - 4/10/2009
Location: Muzium Negara

Nostalgic Hari Raya Dishes... each one of us would surely have our own special recollection. Beckoning the joyous memories of that Raya morning preparation of Hari raya staples such as ketupat (rice cake) and lemang (made from glutinous rice and coconut milk and cooked in bamboo) as well as the other delicacies, which in the past could only be enjoyed on special occasions and on festivals such as Hari Raya.

The hardship of life in the past meant that the arrival of these delicacies was much anticipated to complete the celebrations. Without them, Hari Raya seemed to lose its luster. Today, the ketupat, lemang, and other delicacies, which had hitherto been categorized as traditional, are not only exclusively enjoyed on Hari Raya but have become heritage dishes enjoyed by all Malaysians, aptly in line with the proverbial saying: 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'(something that remains infinite)

Pameran Nostalgia Sajian Raya

Poster Pameran Nostalgia Sajian Raya

Tarikh: 5/9/2009 - 4/10/2009

Tempat: Muzium Negara Nostalgia Sajian Raya... setiap dari kita pasti ada kenangan tentangnya. Kembali menggamit diingatan meriah persiapan untuk menyediakan hidangan wajib di pagi Raya iaitu ketupat dan lemang selain dari kuih muih yang dahulunya dapat dinikmati semasa menyambut sesuatu perayaan dan hari kebesaran seperti Hari Raya. Kehidupan di masa dahulu yang sukar membuatkan sajian ini sangat-sangat dinantikan kehadirannya sebagai pelengkap sambutan.

Jika tidak terhidang, Hari Raya bagai hilang serinya. Kini sajian ketupat, lemang dan kuih muih yang telah dikategorikan sebagai tradisional ini tidak sahaja eksklusif dinikmati semasa Hari Raya malah kebanyakannya telah menjadi makanan warisan yang digemari oleh masyarakat Malaysia secara umum, sesuai dan bertepatan sekali dengan perumpamaan 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'.

Pages

Last update: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources