• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - 2009

You are here

You are here

March 5th

Pengisytiharan Koleksi Muzium sebagai Objek Warisan Kebangsaan 2009

Poster Objek Warisan Kebangsaan 2009

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah diantara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution).

Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah:

1. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor
2. Duit Kijang Emas
3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor
4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 )
Terengganu
5. Pending Melayu
6. Celepa Diraja Terengganu
7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad
8. Patung Avalokitesvara
9. Loceng Gangsa
10. Archa Buddha Duduk

3 artifak iaitu Celepa Diraja Terengganu, patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.

Highlights: 

January 22nd

Seminar Senjata Tradisional: Sejarah dan Falsafah

Poster Seminar Senjata: Sejarah dan Falsafah

Pada Khamis, 5 Februari 2009 bermula jam 8.30 pagi
Bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia

Para pembentang:

1. Y. Bhg. Dato' Dr. Amran bin Kasimin
2. Y. Bhg. Dr. Muhamad bin Daud
3. Tuan Hj. Mohd. Azman bin Ali
4. Tuan Hj. Mohd. Nordin bin Ab. Hamid

Ceramah Agama Amalan Kebatinan Mempertahankan Diri

Ceramah

Diadakan pada tarikh Jumaat 30 Januari 2009 jam 9.00 pagi, bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia.
Ceramah akan disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Dr. Amran Kasimin.

Pages

Last update: 19 April 2024 - 8:56am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources