• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pembangunan Modal Insan

Anda di sini

Anda di sini

Latar Belakang

Program latihan kakitangan yang dilaksanakan secara terancang mampu memberi impak positif kepada organisasi terutamanya dari segi pembangunan modal insan bagi jangka masa panjang. Justeru, Unit Pembangunan Modal Insan yang ditubuhkan pada tahun 2001 adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti latihan agar setiap kakitangan dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan bersesuaian yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 
 
“The purpose of learning is growth, and our minds, unlike our bodies, can continue growing as we continue to live”, Mortimer Adler. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah mengendalikan pelbagai program latihan berkaitan dengan bidang permuziuman, bahasa, teknologi maklumat, soft skills (komunikasi, etiket dan lain-lain.), pengurusan dan program luar negara. Menerusi proses pembelajaran berterusan, adalah diharapkan agar setiap kakitangan akan memperoleh keseimbangan dalam pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni serta pengetahuan dan kemahiran yang bersifat professional.

 

VISI: Menerajui pembangunan modal insan khususnya dalam bidang permuziuman.
MISI: Untuk membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan professional.

 

Fungsi Utama

  • Merancang dan melaksanakan Latihan professional permuziuman untuk Jabatan dan institusi lain di Malaysia.
  • Merancang aktiviti latihan dalam dan luar negara.
  • Memberi khidmat nasihat kepada institusi permuziuman di Malaysia.
  • Mengendalikan kursus-kursus umum/latihan dalaman

Perkhidmatan Lain

Latihan Industri Pelajar

  1. Menyediakan tempat untuk pelajar Universiti Awam dan Swasta yang berminat menjalani latihan industri di muzium-muzium di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia.
  2. Pendedahan mengenai pelbagai disiplin permuziuman dan pengurusan muzium.
  3. Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Pengambilan dibuka hanya 2 kali sahaja setahun (Februari & Jun). Permohonan perlu dimohon menerusi surat atau diemelkan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penempatan dengan mengemukakan dokumen berikut:
  • Surat permohonan LI dari Fakulti
  • Resume pemohon
  • Salinan transkrip akademik
 
Untuk keterangan lanjut mengenai latihan kakitangan dan latihan industri pelajar, sila hubungi :
Email: upmi[at]jmm.gov.my
 
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Modal Insan
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur

 

Tel : +603-2267 1000 samb. 146/152/248/140

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources