• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Seni Kraf Orang Asli

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Seni Kraf Orang Asli

Brosur

Latarbelakang

Bangunan Muzium Seni Kraf Orang Asli terletak berhampiran dengan Muzium Negara. Struktur binaannya mempunyai sedikit persamaan dengan Muzium Negara. Persekitaran bangunan agak strategik kerana bangunan ini berhadapan dengan kawasan meletak kenderaan yang mana setiap pelawat yang mengunjungi Muzium Negara pasti akan mengunjungi Muzium Seni Kraf Orang Asli. Kewujudan muzium ini dapat membantu mengekal dan memelihara warisan budaya kesenian Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia amnya. Muzium ini mengumpul bahan-bahan seni kraf Masyarakat Orang Asli yang mempunyai kaitan dengan cara hidup, budaya dan kepercayaan mereka, di samping cerita-cerita mitos dan legendanya serta maksud ukiran serta motif-motif yang ada pada bahan-bahan kraf tersebut. Selain itu, muzium ini juga menyebarkan pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat umum melalui pameran-pameran yang diadakan secara tetap dan sementara di muzium serta penerbitan-penerbitan berkala yang khusus mengenai koleksi dan berkaitan dengan Masyarakat Orang Asli.

Galeri Pameran

Galeri ini telah dinaik taraf dan mempunyai ruang yang agak luas dari sebelumnya. Galeri ini terbahagi kepada lapan segmen yang mengambarkan kehidupan dan seni kraf Orang Asli merangkumi latar belakang Suku Kaum Orang Asli, taburan geografi dan demografi, ukiran patung, ukiran topeng , kediaman tradisi ,peralatan memburu dan menangkap ikan, kematian, alatan muzik, aksesori pakaian dan anyaman. Galeri Muzium Seni Kraf  Orang Asli telah memperagakan setiap koleksi artifak dengan pelbagai teknik pameran yang diperkenalkan oleh muzium dengan mengadun teknologi multimedia dengan teknik-teknik yang ‘conventional’ dengan tujuan untuk mewujudkan ‘imaginative learning experiences’ dan keseronokan dengan harapan lebih ramai orang berkunjung ke muzium ini.

Koleksi Pameran

Muzium Seni Kraf Orang Asli ini telah memperagakan keseluruhan 138 bahan koleksi yang dipecahkan kepada 8 segmen. Majoriti bahan koleksi yang diperagakan adalah ukiran patung dan topeng. Ini kerana ukiran kayu ini mempunyai keunikan tersendiri dan diperakui oleh dunia. Kemahiran tukang ukir jelas terserlah dengan sentuhan seni melarik yang tepat walaupun mengunakan sistem konvensional. Jumlah topeng dan patung yang diperagakan adalah sebanyak 54 unit. Muzium Seni Kraf Orang Asli ini juga memperagakan sebahagian besar bahan koleksi yang sering tersimpan dalam repositori yang mana untuk tatapan para pelawat. Selain dari ukiran patung dan topeng, peragaan yang tidak kurang hebatnya adalah segmen anyaman tradisi, dengan 20 bahan koleksi pelbagai bentuk dan dari suku kaum yang berbeza, peralatan memburu dan menangkap ikan sebanyak 20 bahan koleksi, alatan muzik sebanyak 17 bahan koleksi dan 3 replika kubur Masyarakat Orang Asli serta 16 bahan koleksi perhiasan diri.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma
 
Pengangkutan
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas KL HOP-ON  HOP-OFF, bas percuma (Go KL) atau pengangkutan alternatif lain yang berpusat di Stesen KL Sentral, iaitu komuter, LRT, Monorel atau berjalan selama 20 minit.
 

Tempat-tempat Menarik Berhampiran

1. Taman Tasik Perdana

2. Masjid Negara 

3. Planetarium Negara 

4. Muzium Kesenian Islam Malaysia 

5. Stesen KL Sentral 

6. Taman Burung 

7. Memorial Tun Abdul Razak 

8. Muzium Polis Diraja Malaysia 

9. Taman Orkid

Kemudahan

Kafetaria, Tempat letak kereta yang luas, Surau, Wakaf Istirehat 

Peta Lokasi

 

Pegawai untuk dihubungi

Asmawi Bin Mohamed Yunos - Ketua Muzium MSKOA (asmawi@jmm.gov.my)

 

Address: 
Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel: 
603-22671000 samb.154 / 171 / 153
Fax: 
603-2282 7294 / 2287 1275
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 14 Oktober 2024 - 9:30am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources