

Muzium Muzik merupakan sebuah muzium yang khusus untuk menempat dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional dan moden serta perkembangan seni muzik tanah air dan telah mula dibuka kepada pengunjung mulai 1 Ogos 2015.
Ia ditubuhkan berdasarkan kepada pengamatan dan kesedaran bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik iaitu Melayu, Cina,India,Orang asli, peribumi sabah dan Sarawak serta lain-lain kaum yang kaya dengan keunikan rentak dan irama yang tersendiri.
Penubuhan Muzium muzik ini merupakan cetusan idea oleh yang YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 pada tahun 2006. Muzium muzik diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia.
Muzium muzik ini adalah muzium muzik yang pertama dibina di malaysia. Tujuan muzium muzik ini dibina adalah bagi mengetengahkan alat-alat muzik yang diperbuat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan mengikut kategori kaum dan kategori klasifikasi alat muzik seperti Membranofon, Idiofon, Erofon dan Kordofon.

- Mengumpul, menyelidik dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik dan tokoh-tokoh pemuzik tanah air.
- Menjadikan Muzium Muzik sebagai pusat rujukan utama khususnya dalam bidang seni muzik Malaysia.
- Mendokumentasikan koleksi pelbagai genre muzik Malaysia sebagai rujukan generasi akan datang.
- Menjadikan Muzium Muzik sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi oleh pelawat tempatan dan luar negara.
Menjadikan Muzium Muzik Malaysia setanding dengan muzium luar negara dan bertaraf dunia dengan memperkenalkan serta mempamerkan keunikan koleksi alat-alat muzik serta sebagai pusat penyelidikan dan rujukan berkaitan sejarah dan evolusi Muzik Malaysia.
- Mengumpul, memelihara khazanah warisan seni budaya dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik Malaysia
- Memberi pengalaman mengenali alat-alat muzik dengan menyentuh, bermain alat muzik dan persembahan muzik.
- Melaksanakan program pendidikan untuk menghayati dan menghargai seni muzik Malaysia
- Melibatkan pengunjung dengan program dan aktiviti muzium
- Membangunkan perkongsian maklumat berkaitan muzik Malaysia di peringkat antarabangsa
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Waktu terakhir pembelian tiket pada jam 4.30 petang.
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Percuma

Versi mesra pencetak- 17743 bacaan







