Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Muzik

Muzium Muzik

Muzium Muzik
Latarbelakang

Muzium Muzik merupakan sebuah muzium yang khusus untuk menempat dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional dan moden serta perkembangan seni muzik tanah air dan telah mula dibuka kepada pengunjung mulai 1 Ogos 2015.

Ia ditubuhkan berdasarkan kepada pengamatan dan kesedaran bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik iaitu Melayu, Cina,India,Orang asli, peribumi sabah dan Sarawak serta lain-lain kaum yang kaya dengan keunikan rentak dan irama yang tersendiri.

Penubuhan Muzium muzik ini merupakan cetusan idea oleh yang YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 pada tahun 2006. Muzium muzik diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia. 

Muzium muzik ini adalah muzium muzik yang pertama dibina di malaysia. Tujuan muzium muzik ini dibina adalah bagi mengetengahkan alat-alat muzik yang diperbuat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan mengikut kategori kaum dan kategori klasifikasi alat muzik seperti Membranofon, Idiofon, Erofon dan Kordofon.

Objektif
  1. Mengumpul, menyelidik dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik dan tokoh-tokoh pemuzik tanah air.
  2. Menjadikan Muzium Muzik sebagai pusat rujukan utama khususnya dalam bidang seni muzik Malaysia.
  3. Mendokumentasikan koleksi pelbagai genre muzik Malaysia sebagai rujukan generasi akan datang.
  4. Menjadikan Muzium Muzik sebagai salah satu destinasi  wajib dikunjungi oleh pelawat tempatan dan luar negara.

Visi

Menjadikan Muzium Muzik Malaysia setanding dengan muzium luar negara dan bertaraf dunia dengan memperkenalkan serta mempamerkan keunikan koleksi alat-alat muzik serta sebagai pusat  penyelidikan dan rujukan berkaitan sejarah dan evolusi Muzik Malaysia.

Misi

  1. Mengumpul, memelihara khazanah warisan seni budaya dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik Malaysia
  2. Memberi pengalaman mengenali alat-alat muzik dengan menyentuh, bermain alat muzik dan persembahan muzik.
  3. Melaksanakan program pendidikan untuk menghayati dan menghargai seni muzik Malaysia
  4. Melibatkan pengunjung dengan program dan aktiviti muzium
  5. Membangunkan perkongsian maklumat berkaitan muzik Malaysia di peringkat antarabangsa

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Waktu terakhir pembelian tiket pada jam 4.30 petang.

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

 
Bayaran Masuk

Percuma

 

Peta Lokasi

 

Address: 
Jabatan Muzium Malaysia, 50566 W.P Kuala Lumpur
Tel: 
03-2267 1000
Email: 
info@jmm.gov.my
Facebook: 
https://www.facebook.com/MuziumMuzik.2021/ [1]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 4,062,712
  • Jumlah pengunjung: 1,430,002
  • Hit minggu ini: 606
  • Hit bulan ini: 608
  • Hit minggu lepas: 697
  • Hit bulan lepas: 9,425
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 6 Mac 2026): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-muzik

Links:
[1] https://www.facebook.com/MuziumMuzik.2021/