• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Diraja

Anda di sini

Anda di sini

Muzium DiRaja

Pengunjung Yang Dihormati,

Notis Penutupan Muzium Diraja Kuala Lumpur Untuk Kerja-Kerja Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bangunan Muzium Diraja Bermula 7 Mac 2022 Hingga April 2025

Harap Maklum.

Terima Kasih.

 

Brosur

Latarbelakang

Muzium Diraja yang bertempat di Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong I hingga XIII (1957-2011). Setelah itu, bangunan Istana Negara Lama dijadikan muzium yang dikenali sebagai Muzium Diraja dan mula dibuka kepada orang ramai pada bulan 1 Februari 2013 sehingga kini. 

Bangunan Muzium Diraja telah dibina sejak tahun 1928 oleh seorang jutawan cina yang dikenali sebagai Chan Wing sebagai rumah agam beliau. Rekaan bangunan dua tingkat ini adalah hasil kreativiti daripada sebuah firma seni bina yang terkenal di Singapura iaitu Swan & MacLaren. Seni bina bangunan ini menerapkan gaya Palladian bagi menunjukkan kemewahan dan kehebatan kediaman tersebut. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan kuarteras pegawai tentera Jepun, kemudiannya diambil alih oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas Perang Dunia Kedua berakhir. 

Setelah itu pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga tempoh pajakan tamat pada bulan Februari 1957. Seterusnya, bangunan ini dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan sebagai Istana Negara iaitu kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Sebagai Istana Negara, bangunan ini telah diubahsuai beberapa kali dan mengalami penambahan secara besar-besaran sekitar tahun 1980-an dengan pembinaan Balairong Seri untuk upacara rasmi.


Objektif

  • Merancang, melaksana dan mendokumentasi aktiviti penyelidikan dan pengumpulan maklumat dan menjadi pusat rujukan berkaitan Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.
  • Memberi kefahaman dan menyebarkan maklumat mengenai bangunan Istana Negara.
  • Memulihara dan memelihara bangunan dan landskap Muzium Diraja yang telah diwartakan sebagai monumen dan khazanah negara.
  • Melaksanakan aktiviti dan pameran pendidikan dan pengembangan seperti pameran tetap, pameran sementara dan pameran khas serta lawatan berpandu

Visi

Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan dalam segala aspek mengenai Institusi Raja Berperlembagaan.

Misi

  • Menjadi sebuah muzium khas yang menjelaskan secara komprehensif akan peranan dan fungsi ruang Istana Negara.
  • Menyediakan program, aktiviti dan pameran mengenai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  • Memberi kefahaman kepada masyarakat dalam dan luar negara akan kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan.
  • Menjadi salah satu produk pelancongan di Malaysia.

Penyelidikan Dan Koleksi

Bil Penyelidikan Tahun
1 Penyelidikan Pameran Majlis Raja-Raja: Penaung Legasi Raja-Raja Melayu 2013
2 Penyelidikan Pameran Koleksi Terpilih Raja-Raja Melayu Siri I & Siri II 2014
3 Pameran Koleksi Terpilih Raja-Raja Melayu Siri II: Negeri Sembilan dan Kelantan 2014
4 Pameran Istana Negara Lama: 54 Tahun Masyur Berdaulat 2015
5 Pameran Koleksi Terpilih: Koleksi Peribadi KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin   2016
6 Pameran Raja Kita: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V 2017

Galeri Pameran

Kompleks Istana Negara lama ini terdiri daripada dua blok bangunan iaitu:

Galeri Istana Negara - Merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong I hingga XIII. Galeri Istana Negara memperlihatkan ruangan rasmi dan ruangan peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Setiap ruangan mempunyai nama khas, fungsi, rekaan dan protokol yang tersendiri.

Balairung Seri - Dibina pada tahun 1980-an dan digunakan untuk upacara dan istiadat rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Antaranya seperti Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Upacara Mengangkat Sumpah, Upacara Pelantikan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang baharu, Upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Majlis Santapan Diraja. 

Koleksi Buku/ Jurnal Terpilih di Perpustakaan

  • Abdul Aziz Basri. 2006. Majlis Raja-Raja – Kedudukan dan Peranan Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
  • Dato’ Md Nizam Md Sherif. 2012. Istana Negara Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Maya Maju Sdn. Bhd. 
  • Dr. Rais Yatim. (Ed.) 2011. Daulat Dijunjung Kasih Disanjung. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia
  • Halim Ibrahim. 2010. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 
  • Mohd Taib Osman. 2006. Adab Raja-Raja. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 
  • Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman dan rakan-rakan. (Ed.) 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan, “Memupuk  Warisan dan Tradisi Sejarah Bangsa Beraja”. Lembaga Muzium Negeri Pahang dan ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. 
  • Shamsuddin Jaafar. 2012. Raja Berperlembagaan Malaysia – Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri Abad 21. Selangor: Kaedah Kota Management (M) Sdn. Bhd. 
  • Siti Rosnah Ahmad. 2004. Raja Permaisuri Agong – Payung Mahkota Ibu Pertiwi. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd. 
  • Sultan Abdul Halim – A Royal Journey. 2008. Kedah: Kedah State Government. 
  • Tunku Sofiah Jewa. 2012. The Return. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Warganegara

  • Dewasa Tempatan: RM 5.00
  • Kanak-kanak 6-12 tahun: RM 2.00
  • Warga Emas: RM 3.00
  • Orang Kelainan Upaya (OKU): RM 3.00
  • Pelajar sekolah beruniform: RM 2.00
  • Pelajar sekolah tidak beruniform & 13-17 tahun: RM 3.00
  • Kanak-kanak tempatan 5 tahun ke bawah: Percuma

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM10.00
  • Kanak-kanak pelancong: RM5.00
  • Kanak-kanak pelancong 5 tahun ke bawah: Percuma

Kemudahan

Tandas awam, Tandas OKU, Tempat Letak Kenderaan, Kerusi Roda dan Kedai Cenderamata

Pengangkutan

Pengunjung boleh datang menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki teksi.

Lawatan Berpandu

Lawatan Berpandu diadakan berdasarkan permohonan yang dikendalikan oleh kakitangan Muzium Diraja.

Kemudahan Penginapan

Berikut merupakan tempat penginapan yang berhampiran dengan Muzium Diraja, iaitu dalam lingkungan 1-6 km :

  • Hotel Le Meridien Kuala Lumpur
  • Hotel Hilton
  • Hotel The Majestic Kuala Lumpur
  • Hotel Best Western Premier
  • Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur
  • Hotel Prescott Kuala Lumpur Sentral
  • Hotel Midah Kuala Lumpur

Tempat Menarik Berhampiran

 Berikut merupakan tempat-tempat menarik yang berhampiran dengan Muzium Diraja, iaitu dalam lingkungan 1-6 km :

  • Muzium Negara
  • Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Muzium Kepolisan
  • Masjid Negara
  • Memorial Tun Abdul Razak
  • Taman Dusun Bandar, DBKL
  • Taman Tasik Perdana
  • Planetarium Negara
  • Petaling Street
  • Pasar Seni
  • Thean Hou Temple
  • Hindu Temple, Brickfield

Peta Lokasi

Koordinat (GPS) : 3° 07' 57.3" N, 101° 41' 44.5" E



View Muzium Diraja in a larger map

Address: 
Muzium Diraja, Jalan Istana, 50460 Kuala Lumpur
Tel: 
03-2272 1896
Fax: 
03-2272 1907
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources