Pusat Konservasi Jabatan Muzium Malaysia berperanan untuk memastikan bahan-bahan koleksi Jabatan Muzium Malaysia berada dalam keadaan baik dan terpelihara. Matlamat ini direalisasikan melalui kerja-kerja penyelidikan dan konservasi artifak.
Fungsi Pusat Konservasi
Melaksanakan kerja-kerja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan dokumentasi
Menjalankan kerja-kerja pencegahan kerosakan dan membaikpulih artifak
Pemantauan sistem kawalan suhu, kelembapan, pencahayaan dan makluk perosak yang terdapat di dalam stor koleksi dan galeri-galeri muzium
Memberikan latihan dan khidmat nasihat mengenai konservasi kepada kakitangan dan agensi berkaitan
Aktiviti Konservasi
Bahan organik
Bahan organik adalah bahan yang berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Bahan organik mudah menyusut dan dirosakkan oleh serangan ejen perosak. Contoh bahan organik ialah rotan, buluh, kayu bulu dan kulit.
Bahan Bukan Organik
Bahan bukan organik adalah bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Contoh bahan bukan organik adalah logam, batu dan lain-lain.
Konservasi Preventif
Tindakan yang dilakukan bagi menghalang pelapukan semulajadi objek akibat keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya dan juga perosak seperti serangga, fungus dan pencemaran udara.
Konservasi Kuratif
Konservasi kuratif adalah tindakan yang diambil untuk merawat objek yang mengalami proses deteriorasi. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menghentikan atau merencat proses deteriorasi ke atas objek tersebut
Restorasi
Prosedur rawatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan barangan kebudayaan kepada keadaan yang sediakala dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Muzium Malaysia menyimpan pelbagai koleksi bagi tujuan pemeliharan, penyelidikan dan pendidikan tentang kepelbagaian artifak dan spesimen signifikan yang terdapat di negara ini. Koleksi Jabatan Muzium Malaysia meliputi:
Koleksi Arkeologi
Koleksi Etnologi
Koleksi Spesimen Alam Semulajadi
Koleksi Arkeologi
Koleksi Arkeologi Jabatan Muzium Malaysia 1963-2007
Bil
Jenis
1
Seramik
2
Sisa-sisa makanan
3
Alat-alat logam
4
Alat-alat kayu
5
Votive Tablet
6
Contoh Arang
7
Alat-alat Batu Neolitik
8
Alat-alat Paleolitik
9
Alat-alat batu Kebudayaan Hoabinhian
10
Haematit
11
Burnt clay
12
Manik
13
Arca Batu
Koleksi Etnologi
Koleksi Etnologi Jabatan Muzium Malaysia 1963-2007
Bil
Jenis
1
Perhiasan dan Tekstil
2
Perhiasan diri
3
Alat dan Perusahaan
4
Peralatan berkaitan Api (Bahan untuk menghasilkan api)
5
Rumah (Komponen rumah yang dipindah semula, gambar, model dan pelan rumah)
6
Alat bunyi-bunyian (Alat Muzik)
7
Senjata dan Alat Peperangan
8
Agama dan Sistem Kepercayaan
9
Perangkap (Memburu)
10
Perubatan dan Sihir
11
Pertanian
12
Permainan dan Hiburan
13
Ternakan (bahan-bahan yang bersangkutan dengan ternakan)
14
Topeng
15
Wayang Kulit
16
Matawang
17
Setem dan Sampul Surat
18
Pengangkutan
19
Koleksi Lain
Koleksi Spesimen Alam Semulajadi
Koleksi Spesimen Alam Semulajadi Jabatan Muzium Malaysia 1963-2007
Bil
Jenis
1
Burung
2
Mamalia
3
Amfibia
4
Reptilia
5
Hidupan laut/ Air Tawar
6
Serangga
7
Botani
8
Geologi
9
Tulang/Tengkorak
10
Telur Burung
Sumbangan dan Penyerahan Artifak
Individu yang berminat untuk menyumbangkan atau menyerahkan artifak boleh memuat turun dokumen berkaitan:
Untuk menyerahkan artifak peribadi sebagai hadiah, sila muat turun borang di sini.
Untuk membuat tawaran artifak kepada Jabatan Muzium Malaysia, sila muat turun borang di sini.
Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan koleksi muzium, sila hubungi koleksi@jmm.gov.my
The Department of Museums maintains various collections for the purposes of conservation, research and education on the diversity of artefacts and significant specimens found in this country.
The collections of the Department of Museums encompass:
Archaeological Collection
Ethnological Collection
Natural History Collection
Archaeological Collection
Archaeological Collection of the Department of Museums, 1963-2007
No
Type
1
Ceramics
2
Food residue
3
Metal implements
4
Wooden implements
5
Votive tablet
6
Charcoal samples
7
Neolithic stone implements
8
Palaeolithic implements
9
Hoabinhian culture stone implements
10
Haematite
11
Burnt clay
12
Beads
13
Stone sculpture
Ethnological Collection
Ethnological Collection of the Department of Museums, 1963-2007
No
Type
1
Decorations and textiles
2
Personal ornaments
3
Tools and industry
4
Fire related tools (materials to produce fire)
5
House (components that are relocated, photos, models and plans)
6
Musical instruments
7
Weaponry and war implements
8
Religions and belief systems
9
Traps (hunting)
10
Medicine and magic
11
Agriculture
12
Games and entertainment
13
Livestock (materials related to livestock)
14
Masks
15
Shadow play puppets
16
Currencies
17
Stamps and envelopes
18
Transport
19
Other collections
Natural History Collection
Natural History Collection of the Department of Museums, 1963-2007
No
Type
1
Birds
2
Mammals
3
Amphibians
4
Reptiles
5
Sea/fresh water creatures
6
Insects
7
Botany
8
Geology
9
Bones/Skeletons
10
Bird eggs
Contact
For any inquiries regarding museum collections, please contact koleksi@jmm.gov.my.