Muzium Perak dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada tahun 2013 ini, usianya telah genap 130 tahun. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris dari England.
OBJEKTIF
Memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai sejarah awal penubuhan muzium.
Menyebarkan maklumat mengenai perkembangan institusi permuziuman.
Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah dan budaya Negara.
Menarik lebih ramai pelawat mengunjungi muzium.
Memupuk semangat cintakan muzium.
SEJARAH PENUBUHAN
Idea penubuhan Muzium Perak dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketiga di negeri Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara. Tujuannya adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat tempatan sebagai salah satu usaha memahami cara hidup budaya setempat. Beliau telah melantik Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak.
KERJA-KERJA BAIKPULIH BANGUNAN
Sejajar dengan usianya yang telah menjangkau 130 tahun, telah banyak berlaku kerosakan pada setiap struktur bangunannya. Justeru itu, kerja-kerja baikpulih bangunan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan November 2007 hingga Mac 2009.
Fasa 1 - Galeri C dan D (9 November 2007 - 18 April 2008)
Fasa 2 - Galeri A, Perpustakaan dan Stor Artifak (23 Jun 2008 - 22 Oktober 2008)
Fasa 3 - Galeri B (23 Oktober 2008 - Mac 2009)
KERJA-KERJA NAIK TARAF GALERI
Selaras dengan arus kemodenan teknologi, Muzium Perak telah menjalankan kerja-kerja naik taraf galeri pameran termasuk membangunkan fasilitinya. Antara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan adalah dari segi teknik peragaan pameran, teknik pencahayaan, penyampaian maklumat dan pembangunan multimedia. Kerja-kerja naik taraf ini dijalankan untuk memberi wajah baru agar menarik lebih ramai orang untuk mengunjungi Muzium Perak. Bagaimanapun, kerja-kerja naik taraf ini tidak melibatkan struktur asal peti pameran kerana ia sendiri merupakan artifak yang perlu dipelihara.
Fasa I – Galeri D (2009)
Fasa II – Galeri C (2010)
Fasa III – Galeri B (2011)
Fasa IV – Galeri A (2012)
Fasa V – Perpustakaan dan Pameran Luar (2013)
AKTIVITI-AKTIVITI
Selain mengadakan pameran tetap, sementara dan bergerak, Muzium Perak juga menjalankan pelbagai aktiviti untuk tujuan promosi dan pendidikan muzium. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, bengkel, pertandingan kuiz, eksplorasi muzium dan sebagainya. Program-program yang dijalankan ini melibatkan kerjasama daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan, pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan individu-individu dari seluruh lapisan masyarakat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan mendekatkan institusi permuziuman dengan masyarakat.
PENCAPAIAN
Sejak awal penubuhannya, Muzium Perak telah mendapat beberapa pengiktirafan dari badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pencapaian ini dijadikan sebagai satu semangat untuk Muzium Perak terus mencapai kegemilangan dan kecemerlangan. Antaranya adalah seperti :
MemenangiAnugerah Bangunan Warisan Sejarah Taiping bagi kategori Bangunan Awam sempena Hari Perbandaran Taiping pada tahun 2000.
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record di atas pencapaian mencipta Basikal Berkembar Terpanjangpada tahun 2003.
Memenangi Pertandingan Bangunan Tercantik bagi kategori Bangunan Awam sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-47 pada tahun 2004.
Pada 14 Februari 2009, bangunan Muzium Perak telah diisytiharkan sebagai salah sebuah Tapak Warisan Kebangsaan (kategori bangunan) oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
PENUTUP
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan bangunan ini terus utuh dan megah sebagai peneraju institusi permuziuman di negara ini. Bermula dari penubuhan Muzium Perak, kini institusi permuziuman di Malaysia semakin berkembang pesat. Statistik terkini Jabatan Muzium Malaysia menunjukkan sehingga kini terdapat 21 buah muzium yang berada di bawah kelolaannya. Manakala sebanyak 88 buah muzium telah ditubuhkan di bawah kerajaan negeri, 34 buah muzium di bawah institusi pendidikan dan jabatan-jabatan kerajaan serta 10 buah muzium persendirian. Senario ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah mulai sedar akan kepentingan memelihara warisan sejarah dan budaya Negara.
The Conservation Centre of the Department of Museums is responsible for ensuring that the department’s collections are in good condition and preserved. This objective is realised through research and conservation of artefacts.
Functions of the Conservation Centre
To conduct analysis, research, treatment and preservation of the museum collections for the purposes of exhibition, storage, education and documentation
To carry out works to prevent damage and to repair artefacts
To monitor the temperature control system, humidity, lighting and pests in the collection stores and museum galleries
To provide training and advisory services on conservation to staff and relevant agencies
Conservation Activities
Organic Materials
Organic materials are carbon-based materials from plants and animals. They are easily deteriorated and damaged by pests. Examples of organic materials are cane, bamboo, wood, wool and leather.
Inorganic Materials
Inorganic materials are mixtures of minerals and are not formed from natural living organisms. Examples of inorganic materials are metal and rocks.
Preventive Conservation
Action taken to prevent the natural deterioration of an object owing to environmental conditions such as temperature, humidity, lighting and pests such as insects, fungi and air pollution.
Curative Conservation
Curative conservation is action taken to treat an object that is deteriorating. It is aimed at halting the deterioration process.
Restoration
Treatment procedure that is undertaken with the aim of restoring cultural artefacts to their natural state by using materials similar to their original materials.
For any queries and further information, please contact: