• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - 2009

Anda di sini

Anda di sini

Julai 21st

Aktiviti Sampingan Pameran Bunga Dalam Budaya

Poster Aktiviti Sampingan Pameran Bunga Dalam Budaya

Sabtu 25 Julai 2009

9.00 pagi -6.00 petang
1. Pertandingan Mewarna (9.30 pagi -12.30 tgh)
Kategori A: Tahun 1 -3
Kategori B; Tahun 4 - 6
Kategori C: Prasekolah (5-6 tahun)
2. Mural Painting (9.30 pagi -12.30 tgh)
3. Gerai Jualan dan Lelongan bunga
4. Spa/Mandian Bunga
5. Menaiki Beca Berbunga di Sekitar Muzium Negara
6. Karaoke Lagu-lagu Bunga

Ahad 26 Julai 2009

9.00 pagi-6.00 petang
1. Gerai Jualan dan Lelongan bunga
2. Spa/Mandian Bunga
3. Menaiki Beca Berbunga di Sekitar Muzium Negara
4. Karaoke Lagu-lagu Bunga

Julai 15th

Pameran Bunga Dalam Budaya

Pameran bertajuk 'Bunga Dalam Budaya' sedang berlangsung di Muzium Negara bermula 18 Julai sehingga 26 Julai 2009. Di antara tarikan yang disajikan kepada para pengunjung adalah paparan mengenai Bunga Kebangsaan, Bunga Pahar Gergasi 7, Diorama Mandi Bunga, Kolam Teratai dan 'koolam'.

Ruang pameran dibahagikan kepada beberapa segmen yang meliputi peranan pelbagai jenis bunga dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia seperti penggunaannya pada upacara-upacara tertentu masyarakat Melayu, Cina dan India.

Selain itu, turut dipamerkan adalah paparan bunga eksotik seperti rafflesia, periuk kera, bunga bakawali dan bunga 'bird of paradise. Turut menggamit kehadiran orang ramai adalah pameran bunga-bunga segar seperti mawar, kekwa, peoni, bunga burung cenderawasih dan banyak lagi.

Sempena Pameran Bunga dalam Budaya, pelbagai program sampingan turut diatur pada hujung minggu. Para pengunjung dijemput datang beramai-ramai ke Muzium Negara pada 25 dan 26 Julai bagi menyertai aktiviti Jualan Bunga-Bunga Segar, Lelongan Bunga, Demonstrasi Gubahan Bunga, Jualan Kuih bertemakan Bunga dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.

Julai 6th

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009

Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Kurator Gred S41, S44, S48, S52, S54, Penolong Kurator Gred S27, S32, S38 dan Pembantu Muzium Gred S17, S22, S26. Kerajaan telah bersetuju supaya syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dan syarat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dari skim perkhidmatan Pembantu Muzium ke skim perkhidmatan Penolong Kurator diubah. Ini berikutan perubahan persekitaran yang memerlukan syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dikemaskinikan sejajar dengan keperluan semasa dan perubahan kurikulum pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 2 Julai 2009. Mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium perlu menggunakan skim perkhidmatan baharu ini dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2006, Penolong Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Lampiran B muka surat 591 hingga 593 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pembantu Muzium yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan diganti dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Sila muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009 di 'attachment' atau di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LampiranSaiz
PDF icon pp122009.pdf225.01 KB

Halaman

Kemas kini terakhir: 16 April 2024 - 1:09pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources