• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - 2008

Anda di sini

Anda di sini

Ogos 8th

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 51

Logo Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51
Perpaduan Teras Kejayaan Song

RASIONAL LOGO SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan"

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Wana putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu Tema: Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Di persada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Di hati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Sila layari Portal Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51 di http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

Julai 24th

Penyelidikan Jabatan Muzium Malaysia

Bil Aktiviti Tarikh Tempat
1 Penyelidikan dan pengumpulan bahan perdagangan awal maritim di Perak sempena Pameran Arkeologi Maritim Negara Jan – Feb 2007 Kuala Sepetang
2 Penyelidikan dan pengumpulan data meriam-meriam di negeri Perak 14 Mei – 14 Jun 2007 Sekitar Perak
3

Penyelidikan dan pengumpulan data mengenai gambus, Perak.

11 – 22 Jun 2007 Padang Rengas, Kuala Kangsar
4

Inventori Biodiversiti Rizab hidupan liar

28 – 30 Jun 2007 Sungkai, Perak
5 Penyelidikan dan pengumpulan spesimen ikan air tawar 21 – 25 Ogos 2007 Tasik Temenggor, Pulau Banding Perak
6 Penyelidikan sempena program ekspedisi berakit antarabangsa Sg. Pahang 29 April – 06 Mei 2007 Sepanjang Sg. Pahang (dari Jerantut hingga ke Pekan Pahang)
7 Penyelidikan Sejarah Sg. Lembing Januari – Disember 2007 Sungai Lembing

Senarai Penyelidik yang melaksanakan penyelidikan di JMM

Bil Nama Penyelidik Institusi Tajuk Penyelidikan
1 Hazman Hazumi V.I.T.A 19-22 Charlotte Road, London Ukiran Melayu Tradisi (Bagi tujuan tesis Doktor Falsafah)
2 Dr.Cheah Hwei Fen Muzium Seni Asia Tekatan
3 Khadijah Bt.Ariffin UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
4 Mohd.Norasri bin Ismail UiTM , Shah Alam Sistem JMAIS
5 Aqilah Nadhira Bt.Mohd Safie UiTM , Shah Alam Pengurusan Rekod Muzium
6 Mazura bt.Ibrahim UiTM , Shah Alam Pengurusan Rekod Artifak
7 Farizah Bt.Mat Rashid UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
8 Nurul Shahira bt. Salim UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
9 Norhidayu bt. Basri UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
10 Norhaida Bt. Dzaid UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
11 Sharifah NorFadzilah Bt.Wan Pauzi UiTM , Shah Alam Pengurusan Koleksi Muzium
12 Md.Shukri b. Endrus Penggiat Seni Patung Wayang Kulit

Halaman

Kemas kini terakhir: 26 April 2024 - 11:48am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources