• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - 2008

Anda di sini

Anda di sini

Mei 20th

Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008

Kehadiran Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Timbalan Menteri dan isteri masing-masing di Pentas Perasmian JMM

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008 peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal pada Selasa 20 Mei 2008.

Majlis perasmian telah diadakan di ruang legar Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi.

Selepas majlis perasmian, YB Menteri, Timbalan Menteri dan diringi oleh isteri masing-masing bersama-sama dif-dif jemputan dibawa melawat tapak Pameran Keris "Seni dan Kuasa" di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia.

Antara paparan menarik di tapak pameran yang sempat dilawati beliau adalah Demonstrasi Mencuci Keris, pameran daripada Muzium Negeri Sumatera Selatan dan muzium-muzium di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Muzium Malaysia, Lembaga Muzium Negeri dan muzium-muzium di Malaysia sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Ucapan YB Menteri boleh dimuat turun di sini.

Blog Hari Muzium Antarabangsa 2008 (HM2008) boleh dilayari di http://hma.jmm.gov.my/2008

April 30th

Lawatan Rasmi Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia ke Jabatan Muzium Malaysia

Pegawai JMM bergambar beramai-ramai bersama Menteri Datuk Seri Shafie Hj Apdal

Yang Berhormat Datuk Hj Shafie bin Hj Apdal telah membuat lawatan rasmi ke Jabatan Muzium Malaysia pada 30 April 2008. Beliau telah diiringi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri En.Teng Boon Soon dan rombongan daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage Official Visit to Department of Museums Malaysia

Pegawai JMM bergambar beramai-ramai bersama Menteri Datuk Seri Shafie Hj Apdal

The Honorary Minister Datuk Hj Shafie bin Hj Apdal made an official visit to Department of Museums on 30 April 2008. He was accompanied by Deputy Minister YB Mr Teng Boon Soon and delegation from the Ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage.

Halaman

Kemas kini terakhir: 6 Mei 2024 - 2:11pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources