• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - Ogo 2008

Anda di sini

Anda di sini

Tarikh
  • Semua
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

Ogos 8th

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 51

Logo Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51
Perpaduan Teras Kejayaan Song

RASIONAL LOGO SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan"

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Wana putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu Tema: Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Di persada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Di hati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Sila layari Portal Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51 di http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

Halaman

Kemas kini terakhir: 3 Mei 2024 - 1:03am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources