Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL. Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.
Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji
Percuma
Bas No. 6 Tempat-tempat Menarik Berhampiran: Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.
Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu
Bahasa Melayu
Address:
Muzium Chimney,
Kg Lubok Temiang,
Jalan Tanjung Kubong,
87008 Wilayah Persekutuan Labuan
Muzium Marin Labuan sempurna dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Paduka Abdul Kadir B. Sheikh Fadzir pada tanggal 26 Januari 2003. Muzium yang telah dirancangkan penubuhannya pada awal tahun 1990-an hanya dapat direalisasikan pada tahun 2000 apabila Perbadanan Labuan menawarkan tapak dan bangunan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Kerja-kerja pengisian bermula pada Ogos 2001 dan siap sepenuhnya pada Julai 2002. Muzium ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung.
Koleksi dan Galeri
Bahasa Melayu
Address:
Muzium Marin Labuan,
Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan,
Jalan Tanjung Purun,
87008 Wilayah Persekutuan Labuan.