• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Persatuan Muzium Malaysia

You are here

You are here

Koleksi Jabatan Muzium Malaysia

 
Merupakan persatuan berdaftar di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dan telah didaftarkan secara rasmi pada 3 Mei 1978. Persatuan ini merupakan satu organisasi khusus yang ditubuhkan untuk mengangkat martabat serta menjalankan aktiviti khusus berkaitan permuziuman ke arah meningkatkan profesionalisme permuziuman di Malaysia.
 
Profesion Muzium adalah terdiri dari semua kakitangan muzium  atau institusi yang berkaitan dan yang telah menerima latihan teknik akademik yang khusus atau mempunyai pengalaman amali yang setaraf dengannya dan mematuhi kanun tatasusila profesion permuziuman yang unggul.
 

 
TUJUAN DAN MATLAMAT
 
  1. untuk menggalak, memelihara dan mengeratkan hubungan di antara muzium-muzium di Malaysia;
  2. untuk meninggikan aktiviti-aktiviti muzium;
  3. untuk memberi penekanan peranan muzium yang berkaitan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari;
  4. untuk mendorong dan membantu ahli-ahli yang mempunyai profesion yang sama dalam mendapatkan latihan dan pengalaman tambahan melalui peranilisan dan dalam memudahkan hubungan peribadi di kalangan ahli-ahli yang seprofesion;
  5. untuk mendorong dan membantu ahli-ahli seprofesion menghadiri persidangan –persidangan dan seminar-seminar iktisas yang sesuai;
  6. untuk memudah dan menyebarkan pengetahuan dan penerangan melalui pertukaran  bahan-bahan bacaan dan  laporan-laporan ilmiah dan penerbitan surat berita bersama;
  7. untuk menggalak dan merancang projek-projek tertentu dan projek-projek kebudayaan  bersama umpamanya pameran muzium bergerak (mobile);
  8. untuk bekerjasama dengan Muzium di peringkat serantau dan antarabangsa; dan
  9. untuk menjalankan lain-lain perkara yang seumpamanya yang dianggap sesuai dengan tujuan dan matlamat Persatuan
 
 

Last update: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources